KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak pernah mempertahan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan rejim zionis Israel, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan bekas Menteri Kabinet Khairy Jamaluddin yang mendakwa penglibatan BlackRock, sebuah firma yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
"Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan dalam isu keganasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah jelas dan kita adalah yang paling lantang dalam mempertahan serta membela nasib rakyat di Palestin.
"Justeru menggelar Perdana Menteri sebagai rakan subahat zionis Israel dalam jenayah genosid adalah melampau dan biadap," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Kamil berkata Khairy boleh mengkritik tetapi pada masa sama, beliau harus lebih bertanggungjawab, tidak hipokrit dan tidak terbawa-bawa dengan emosi dalam mengeluarkan kenyataan.
Beliau berkata MAHB melalui Khazanah sudah memberi penjelasan iaitu rundingan telah diadakan dengan pihak Global Infrastructure Partners (GIP) iaitu sebuah konsortium yang mengumumkan tawaran bagi mengambil alih MAHB pada 15 Mei lepas.
"BlackRock hanya muncul pada tahun ini apabila berhasrat mengambil alih pegangan saham GIP. Dalam hal ini, Khazanah mahupun KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tidak pernah berunding dengan mana-mana wakil daripada BlackRock.
"Khazanah dan KWSP tidak menjual MAHB kepada entiti asing sebaliknya terus meningkatkan pegangan sahamnya hingga 70 peratus. Malah aset strategik ini juga akan terus dimiliki negara melalui Golden Share oleh Kerajaan Malaysia," katanya.
GIP adalah pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bernilai US$112 bilion bagi pihak pelaburnya yang merangkumi kira-kira 500 institusi pelaburan di seluruh dunia.
Ia juga memiliki kepakaran dalam pelaburan, pengurusan dan pengoperasian antara perniagaan infrastruktur terbesar serta paling rumit di dunia termasuk beberapa lapangan terbang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Muhammad Kamil berkata Khairy boleh mengkritik tetapi pada masa sama, beliau harus lebih bertanggungjawab, tidak hipokrit dan tidak terbawa-bawa dengan emosi dalam mengeluarkan kenyataan. - Gambar keadilanrakyat.org

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan Perpaduan tidak pernah pertahan pihak bersekongkol dengan rejim zionis Israel
Kerajaan Perpaduan tidak pernah mempertahan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan rejim zionis Israel, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir - Fahmi
Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

Kekejaman Israel: Kerajaan tak boleh diam diri, perlu tekan institusi antarabangsa - Muhyiddin
Perbuatan biadab rejim zionis itu juga telah dilakukan hanya sehari selepas UNHRC meluluskan usul A/HRC/52/L.32 yang ditaja Malaysia.