KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka 0.15 peratus lebih tinggi hari ini, dirangsang oleh sentimen yang bertambah baik, menyaksikan indeks penanda aras itu kembali melepasi paras 1,500, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 2.29 mata untuk mencapai paras 1,497.78 daripada penutupan urus niaga Khamis 1,495.49.
Indeks utama itu memulakan dagangan pagi ini 0.89 mata lebih kukuh pada 1,496.38.
Bagi pergerakan harga di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 190 berbalas 188, manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,731 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 273.54 juta unit bernilai RM163.66 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, sentimen kenaikan harga pada sesi pembukaan hari ini disokong lagi oleh beberapa laporan pendapatan positif semalam, justeru, indeks komposit dijangka bergerak dalam julat 1,500-1,515.
"Minat belian akan tertumpu kepada saham berkaitan perbankan dan teknologi hari ini," katanya kepada Bernama.
Beliau menambah Wall Street ditutup pada paras tertinggi seharian semalaman, menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell di Jackson Hole lewat hari ini.
Purata DJI memperoleh 322 mata manakala Nasdaq melonjak sebanyak 208 mata apabila hasil 10 tahun AS susut sedikit kepada 3.03 peratus.
Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa -- Public Bank menambah satu sen pada RM4.62, Petronas Chemicals meningkat lima sen menjadi RM8.70, Maybank tidak berubah pada RM8.84 dan CIMB susut dua sen pada RM5.38.
Bagi saham aktif, Serba Dinamik menokok setengah sen menjadi empat sen, Coraza Integrated Technology meningkat satu sen kepada 85.5 sen, MQ Technology tidak berubah pada empat sen dan Jaks Resources turun tiga sen menjadi 29.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas lebih tinggi sebanyak 10.15 mata menjadi 10,635.98, Indeks FBMT 100 menokok 13.19 mata kepada 10,379.20 manakala FBM 70 memperoleh 5.39 mata kepada 12,741.61.
Indeks FBM ACE turut meningkat 19.04 mata kepada 5,009.91 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 19.03 mata kepada 10,775.87.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meraih 18.87 mata untuk mencatatkan paras 6,972.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.42 mata kepada 183.47 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.14 mata menjadi 16,646.49 manakala Indeks Tenaga turun 8.17 mata kepada 724.68.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022
Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 2.29 mata untuk mencapai paras 1,497.78 daripada penutupan urus niaga Khamis 1,495.49. -Gambar fail/BERNAMA
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.