KUALA LUMPUR: Pasaran modal Malaysia perlu mewujudkan pangkalan pengetahuan menerusi pembangunan bakat untuk menyokong pengembangan industri, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Beliau berkata, pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
"Pembelajaran yang berterusan adalah penting untuk kejayaan dalam pasaran modal yang sentiasa berkembang. Golongan profesional memerlukan latihan semula dan menambah kemahiran sepanjang perjalanan ini agar seiring dengan permintaan industri.
"Oleh itu, proaktif dalam memburu peluang pembelajaran dan sentiasa kemas kini dengan trend pasaran, perubahan kawal selia dan teknologi pesat membangun memastikan profesional membuat keputusan yang berpengetahuan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berkembang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis graduasi sulung program pensijilan Profesional Pasaran Modal Bertauliah (CCMP) - Urus Niaga CCMP dalam Derivatif dan Pematuhan CCMP, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, program CCMP daripada Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) merupakan kursus komprehensif untuk memastikan profesional pasaran modal memperoleh kecekapan tinggi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIDC, Tengku Zarina Tengku Chik berkata, majlis graduasi yang julung kali diadakan itu melibatkan 248 profesional daripada 43 negara.
"Baru-baru ini kami melancarkan siri pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) SIDC bagi program CCMP yang bermula Ogos ini.
"Tahun depan, kita akan mempunyai graduan daripada tiga pengkhususan. Pasaran sentiasa aktif dan akan terdapat permintaan bagi pengkhususan dan kami akan menelitinya," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.
Tengku Zarina berkata sambutan yang diterima daripada program siri SRI amat memberangsangkan dan akan merangsangkan lagi pasaran modal negara pada masa depan.
CCMP adalah inisiatif pensijilan pembinaan kemahiran utama SIDC, disokong oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal.
Ia dibangunkan khas untuk pasaran modal bagi memenuhi permintaan dan hal rumit yang berkembang dalam pasaran modal tetapi dihasilkan untuk manfaat yang merentas industri, perniagaan dan wilayah.
Perkembangan program pensijilan CCMP bermula pada 2022 dengan siri derivatif bagi menyokong aspirasi Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia untuk mengembangkan pasaran derivatif.
SIDC adalah cabang pembinaan kapasiti SC yang ditubuhkan pada 1994 dan diperbadankan pada 2007.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Lim berkata, pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan. - Gambar fail/Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.