KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI (JKDM) berperanan sebagai pelengkap dan nilai tambah dalam usaha menyantuni rakyat, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Justeru beliau berkata fungsi JKDM tidak bertindih dengan tugas yang diperuntukkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
Menurut Rubiah JPKK dan JPKKP berperanan untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan di kawasan berkenaan.
"Ini merupakan langkah proaktif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar di peringkat akar umbi," katanya menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.
Shaharizukirnain ingin tahu sama ada kerajaan telah menjalankan kajian berhubung penubuhan JKDM serta adakah terdapat pertindihan antara jawatankuasa itu dengan fungsi JPKK dan JPKKP termasuk dalam usaha membasmi kemiskinan di luar bandar.
Rubiah berkata antara program dianjurkan JKDM ialah Program Perintis Keusahawanan, Program Pengukuhan Keusahawanan, Program Insentif dan Pembangunan Perniagaan, Program Promosi dan Pemasaran serta Program Kebun Sahabat Komuniti Desa.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjadi urus setia untuk menggerakkan JKDM selain menerusi jawatankuasa itu, ia membolehkan data e-Kasih dan maklumat semasa rakyat termiskin terus dipantau selain rakyat dapat disantuni mengikut keperluan semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Rubiah berkata, Kemas menjadi urus setia untuk menggerakkan JKDM selain menerusi jawatankuasa itu, ia membolehkan data e-Kasih dan maklumat semasa rakyat termiskin terus dipantau. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk melindungi hak kanak-kanak
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

Nancy arah siasat pemandu bas sekolah 'viral' rakam murid perempuan
Nancy mengarahkan JPKK untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah, yang telah memuat naik video pelajar yang dibawanya.

Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.

Kerajaan pertimbang selaras elaun JPKK, JPKKP - Zahid
Elaun berkenaan berbeza mengikut negeri dengan Selangor menyediakan elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.

Cadangan tubuh JPKK,JPKKP dibawa ke Jemaah Menteri - Zahid
Zahid berkata keanggotaan ahli JPKK dan JPKKP yang dibentuk perlu mengambil kira komposisi parti komponen Kerajaan Perpaduan sebagai menyokong prinsip sealiran dalam kerajaan kini.

Pengawal keselamatan, pekerja pembersihan sekolah tidak dinaikkan gaji RM1,500 - JPKK
Antara alasan yang diberikan adalah kerana kontrak perjanjian antara kontraktor dengan kerajaan masih berdasarkan gaji minimum yang lama.

Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan untuk Orang Asli
Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan akan diberikan kepada masyarakat Orang Asli selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan persediaan negara untuk memasuki fasa endemik.

Pascabanjir: JPKK Kuala Triang cadang bina rumah rakit untuk penduduk
Penduduk di Kampung Kuala Triang mahu kerajaan bantu membina rumah rakit bagi membolehkan mereka mengalih dan menyimpan barangan keperluan apabila menjelang musim tengkujuh.

Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas
Buat masa ini semua ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), telah diarah membuat pemantauan awal di lokasi kejadian.

Libatkan JPKK, JPKKP dalam penyampaian bakul makanan - PNBBC
PNBBC mencadangkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKP) dilibatkan bagi menggerakkan usaha menyampaikan bantuan bakul makanan kepada kumpulan sasar.