KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, SC berkata penipuan ini, yang kebanyakannya melibatkan tawaran penempatan persendirian, biasanya ditetapkan selari dengan masa penyenaraian IPO akan datang yang diterbitkan di laman web Bursa Malaysia.
"Pelaku penipuan ini yang menyamar sebagai 'ejen,' kebiasaannya akan membuat group di WhatsApp untuk mempromosikan pelaburan pra-IPO ini. Berikutan itu, bakal mangsa akan dimasukkan ke dalam group berkenaan tanpa kebenaran.
"Skim ini mungkin disertakan dengan testimoni palsu daripada pelabur lain agar mereka kelihatan boleh dipercayai. Pembayaran untuk 'langganan' perlu dibuat ke akaun bank entiti yang tidak berkaitan dengan IPO dan disyaki sebagai akaun bank keldai," katanya.
Menurut kenyataan itu, pada hari penyenaraian IPO, 'ejen' ini akan mengumumkan saham IPO telah disenaraikan dan telah mendapat keuntungan, dan memaklumkan bayaran tambahan diperlukan untuk saham mereka diperuntukkan.
"Ini sudah tentunya satu penipuan untuk menjerat mangsa agar memberi lebih banyak wang," kata SC.
Sehingga kini, SC telah menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada pelabur yang melaporkan kerugian yang besar iaitu melebihi RM800,000.
SC memandang serius perkara ini dan akan terus memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penipuan pelaburan sedemikian.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dalam menilai tawaran pelaburan termasuk memastikan mereka tidak memindahkan atau mendepositkan wang ke dalam akaun yang mencurigakan, dan mengesahkan tawaran pelaburan melalui SC Investment Checker di www.sc.com.my/investment-checker.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Sehingga kini, SC telah menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada pelabur yang melaporkan kerugian yang besar iaitu melebihi RM800,000. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah - Fuziah
Pemantauan Ops Catut Back to School 2025 di bawah AKHAP 2011 yang bermula dari 1 sehingga 16 Februari bertujuan memantau serta mendapatkan maklumat barangan pakaian sekolah.

WhatsApp perkenal ciri 'Tema Sembang'
Pengguna boleh memilih untuk menggunakan tema sama untuk semua perbualan, atau turut memilih tema berbeza untuk perbualan-perbualan berbeza.

Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti
Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.

KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.

Menteri Kesihatan UK dipecat PM Starmer susulan mesej WhatsApp
Andrew Gwynne, MP bagi kawasan Gorton dan Denton, telah dipecat daripada jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan digantung keahliannya dalam Parti Buruh.

WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu

Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

WhatsApp mudahkan anda beri emoji reaksi dengan hanya ketik dua kali pada mesej
Pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.

Tiga lelaki didakwa atas kesalahan pornografi kanak-kanak
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak.