KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 17.36 mata atau 1.08 peratus kepada 1,615.32 daripada paras penutup 1,597.96 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.64 mata kepada 1,500.60.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 902 berbanding 326, dengan 453 kaunter tidak berubah, 724 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.47 bilion unit bernilai RM4.0 bilion daripada 5.39 bilion unit bernilai RM3.99 bilion semalam.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama juga ditutup lebih tinggi, disokong oleh petunjuk positif dari Wall Street.
Beliau berkata komen oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengembalikan harapan bahawa bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu mungkin akan menurunkan kadar faedah pada akhir tahun ini.
Melangkah ke depan, beliau menjangkakan sentimen pelabur yang positif akan berpanjangan, mencatatkan volum dagangan harian meningkat, justeru menunjukkan selera pasaran yang kukuh.
"Bagaimanpaun, kami menjangkakan aktiviti pengambilan untung akan berlaku. FBM KLCI diunjur diniagakan dalam julat 1,600-1,620 minggu ini dengan paras rintangan serta-merta pada 1,620 dan paras sokongan pada 1,580," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi pasaran hari ini diterajui oleh sektor pembinaan dan utiliti, kedua-duanya mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan dalam pusat data, kecerdasan buatan (AI) dan perkhidmatan pengkomputeran awan.
"Prospek optimistik bagi sektor pembinaan disokong lagi oleh projek infrastruktur domestik, serta peningkatan dalam pelancaran projek daripada sektor swasta merentas segmen kediaman, komersial dan industri," katanya.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare masing-masin naik tiga sen kepada RM10.02 and RM6.33, Tenaga Nasional menambah 18 sen kepada RM14.18, Public Bank melonjak satu sen kepada RM4.05 dan CIMB meningkat lapan sen kepada RM6.96.
Dalam kalangan kaunter cergas, Go Hub meningkat 60 sen kepada 95 sen, Aimflex naik 2.5 sen kepada 20 sen, WCT melonjak 9.5 sen to 98.5 sen manakala UUE melonjak satu sen kepada 70.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 147.99 mata kepada 12,460.73, Indeks FBMT 100 naik 144.26 mata kepada 12,028.58, Indeks FBM Emas Shariah menokok 177.44 mata kepada 12,826.61, Indeks FBM 70 meningkat 274.93 mata kepada 18,349.65 dan Indeks FBM ACE menambah 88.34 mata kepada 5,974.36.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 66.72 mata kepada 17,612.90, Indeks Tenaga menambah 7.95 mata kepada 988.08, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.97 mara kepada 199.11 dan Indeks Perladangan melonjak 40.16 mata kepada 7,026.03.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.97 bilion unit bernilai RM3.28 bilion berbanding 2.67 bilion unit bernilai RM3.24 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran pula susut kepada 1.10 bilion unit bernilai RM156.70 juta daripada 1.58 bilion unit bernilai RM228.51 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.39 bilion saham bernilai RM554.84 juta daripada 1.14 bilion juta saham bernilai RM516.15 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 402.48 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (727.97 juta), pembinaan (463.0 juta), teknologi (414.30 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (74.58 juta), hartanah (325.41 juta), perladangan (41.28 juta), REITs (14.28 juta), dana tertutup (88,900), tenaga (176.78 juta), penjagaan kesihatan (71.52 juta), telekomunikasi dan media (55.10 juta), pengangkutan dan logistik (63.61 juta), utiliti (137.08 juta), dan amanah perniagaan (782,90).
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 8 Julai, 2024, sempena cuti umum sambutan Awal Muharam dan operasi akan disambung semula pada Selasa, 9 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.97 bilion unit bernilai RM3.28 bilion berbanding 2.67 bilion unit bernilai RM3.24 bilion pada Selasa. - bursa.listedcompany.com
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.