Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, pengawal selia bursa berkata ia telah menolak rayuan syarikat tersebut bagi mendapatkan lanjutan selama enam bulan sehingga 26 Julai, 2025 untuk menyerahkan pelan penyusunan semula kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi kelulusan.
Berikutan itu, Bursa Malaysia berkata syarikat tersebut akan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia selepas dua hari pasaran bermula Khamis, iaitu pada 11 Mac, 2025.
Selepas penyahsenaraian syarikat, ia akan terus wujud tetapi sebagai entiti tidak tersenarai.
Syarikat juga boleh meneruskan operasi dan perniagaannya serta melaksanakan penstrukturan semula korporatnya.
-- BERNAMA
