KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sedikit hanya sebanyak 0.24 mata kepada 1,597.96 daripada paras penutup 1,598.20 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 0.38 mata kepada 1,598.58, bergerak antara paras 1,595.62 dan 1,602.52 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 715 berbanding 459, dengan 469 kaunter tidak berubah, 746 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.39 bilion unit bernilai RM3.99 bilion daripada 3.66 bilion unit bernilai RM2.77 bilion sebelumnya.

Ketua penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka pasaran akan pulih dengan indeks utama melepasi semula paras 1,600.

"Kaunter berharga rendah mencatatkan prestasi baik, memanfaatkan sentimen pasaran yang bertambah baik. Para pelabur akan memantau rapat ucapan pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat 9Fed AS) lewat malam ini yang mungkin akan memberikan bayangan tentang kemungkinan penurunan kadar," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pakar strategi pasaran Berjaya Mutual Sdn Bhd Nik Ihsan Raja Abdullah berkata belian saham berharga rendah sederhana dalam indeks utama membantu pasaran pulih sejajar dengan aliran serantau.

Beliau berkata minat belian yang muncul semula walaupun sederhana meningkatkan keyakinan pasaran untuk bermula dengan kukuh memasuki suku ketiga 2024.

"Keyakinan kami disokong oleh prestasi kukuh dalam sektor utama yang memacu pasaran, terutamanya dalam pembinaan, tenaga dan teknologi. Sektor ini telah menunjukkan kekuatan dan daya tahan yang ketara, menyumbang kepada momentum peningkatan keseluruhan pasaran," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM9.99, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.04 dan CIMB menambah lima sen kepdada RM6.88. Kedua-dua Tenaga Nasional dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM14.0 dan RM6.30.

Dalam kalangan kaunter paling cergas, ACE Market debutant UUE Holdings yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE naik 45.5 sen kepada 69.5 sen, Velesto meningkat satu sen kepada 27.5 sen, Hiap Teck menokok 2.5 sen kepada 46.5, Powerwell melonjak empat sen kepada 53.5 sen manakal JCY turun 2.5 sen kepada 76.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 30.29 mata kepada 12,312.74, Indeks FBMT 100 naik 25.97 mata kepada 11,884.32, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 24.18 mata kepada 12,649.17, Indeks FBM 70 melonjak 141.14 mata kepada 18,074.72 dan Indeks FBM ACE menokok 27.06 mata kepada 5,886.02.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 49.67 mata kepada 17,546.18, Indeks Tenaga naik 9.48 mata kepada 980.13 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.35 mata kepada 197.14. Bagaimanapun Indeks Perladangan susut 25.49 mata kepada 6,985.87.

Jumlah Pasaran Utama meningkat kepada 2.67 bilion unit bernilai RM3.24 bilion daripada 2.40 bilion unit bernilai RM2.39 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.58 bilion unit bernilai RM228.51 juta berbanding 322.21 juta unit bernilai RM36.42 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat 1.14 bilion saham bernilai RM516.15 juta daripada 933.27 juta saham bernilai RM342.74 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 309.63 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (713.61 juta), pembinaan (262.78 juta); teknologi (411.91 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (85.44 juta); hartanah (289.23 juta), perladangan (47.75 juta), REITs (14.85 juta), dana tertutup (28,800), tenaga (239.0 juta); penjagaan kesihatan (47.17 juta); telekomunikasi dan media (62.26 juta); pengangkutan dan logistik (84.63 juta); utiliti (96.07 juta); dan amanah perniagaan (3.11 juta).

-- BERNAMA