Ringkasan AI
- Bursa Malaysia telah memulakan pelan penggantian CEO Datuk Muhammad Umar Swift, mempertimbangkan calon dalaman dan luar.
- Lembaga Pengarah Bursa Malaysia sedang dalam proses penggantian CEO melalui jawatankuasa pencalonan dan saraan.
- Datuk Fad'l Mohamed, pengarah urusan perbankan borong kumpulan RHB Bank Bhd, disebut sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Muhammad Umar Swift.
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
"Atas alasan itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia menerusi jawatankuasa pencalonan dan saraan, sedang dalam proses memulakan penggantian CEO," katanya.
Laporan media menyatakan jawatan Muhammad Umar berkemungkinan diambil alih oleh Datuk Fad'l Mohamed yang pada masa ini merupakan pengarah urusan perbankan borong kumpulan RHB Bank Bhd.
-- BERNAMA