KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini melepasi paras 1,600 disebabkan sentimen pasaran yang kukuh sejajar dengan kenaikan semalaman Wall Street.
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.64 mata kepada 1,615.96.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 252 berbanding 188 dengan 388 kaunter tidak berubah, 1,575 tidak diniagakan dan enam digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 426.48 juta unit bernilai RM231.72 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street ditutup lebih tinggi disokong oleh kenaikan dalam kalangan saham teknologi wajaran tinggi apabila data pekerjaan menunjukkan kelemahan dalam ekonomi, meningkatkan harapan dalam kalangan pelabur bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah lebih awal.
Syarikat terkemuka teknologi AS memperoleh semula daya tarikan, ia percaya minat belian mungkin akan berlaku terhadap saham teknologi tempatan.
"Pertumbuhan pusat data dan potensi pengumuman kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura akan meningkatkan minat pelabur dalam sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan tenaga boleh baharu.
"Memandangkan persekitaran dolar US yang lebih lemah, peniaga mungkin mengambil peluang untuk melihat sektor komoditi seperti minyak dan gas, emas dan perladangan kerana harga asas mereka telah menunjukkan kenaikan semalaman lebih," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.02, Tenaga Nasional dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM14.20 dan RM6.98, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.08 dan IHH Healthcare melonjak satu sen kepada RM6.34.
Kaunter paling aktif menyaksikan Ocean Fresh penampilan sulungnya di Pasaran ACE menokok 59 sen kepada 87 sen, Jaks dan Hextar masing-masing melonjak 17 sen dan 27.5 sen, Siab naik 1.5 sen kepada 15 sen manakala WCT merosot 2.5 sen kepada 96 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.18 mata kepada 12,474.92 Indeks FBMT 100 menokok 12.90 mata kepada 12,041.48 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 3.93 mata kepada 12,830.54 manakala Indeks FBM ACE meningkat 1.23 mata kepada 5,975.59.
Bagaimanapun, Indeks FBM 70 Index susut 15.33 mata kepada 18,334.32.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 35.43 mata kepada 17,648.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.51 mata kepada 199.62, Indeks Tenaga menambah 4.83 mata kepada 992.91 manakala Indeks Perladangan meningkat 6.31 mata kepada 7,032.34.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam. -Gambar fail/Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.