KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah dalam kebanyakan saham bermodal sederhana dan kecil susulan prestasi kukuh semalaman di Wall Street.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.24 mata kepada 1,601.44 daripada 1,598.20 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.38 mata lebih kukuh kepada 1,598.58.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 342 berbanding 201, dengan 326 kaunter tidak berubah, 1,520 kaunter tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 466.84 juta unit bernilai RM265.55 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata jumlah dagangan harian di bursa tempatan susut kepada di bawah ambang empat bilion unit namun keadaan itu dijangka bertambah baik dalam tempoh terdekat untuk mengekalkan aliran meningkat baru-baru ini.
"Kami menjangkakan indeks berada dalam aliran berjulat 1,600 hingga 1,610 hari ini susulan penilaian yang kekal munasabah terhadap kalangan saham mewah.
"Sementara itu, harga minyak mentah tinggi kebanyakannya dengan minyak mentah Brent ditutup pada US$87 setong berikutan peningkatan ketegangan geopolitik dan permintaan yang bertambah baik," katanya kepada Bernama.
Malacca Securities pula menjelaskan pelabur akan memantau kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell lewat hari ini, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed pada Rabu serta data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat.
"Buat masa ini, Fed mengunjurkan satu penurunan kadar faedah pada 2024," menurutnya dalam nota penyelidikan.
Saham wajaran tinggi Bursa, Maybank naik tiga sen kepada RM10, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.04 dan CIMB menokok lima sen kepada RM6.88.
Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM13.96 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.30.
Antara kaunter paling aktif, UUE Holdings yang baru disenaraikan di Pasaran ACE melonjak 42 sen kepada 66 sen, Omesti naik tiga sen kepada 17.5 sen manakala SNS Network dan Agmo masing-masing menokok setengah sen kepada 84.5 sen dan 72.5 sen, serta JCY kekal pada 79 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 25.16 mata kepada 12,307.61, Indeks FBMT 100 naik 24.52 mata kepada 11,882.87 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 21.41 mata kepada 12,646.40.
Indeks FBM 70 menambah 38.89 mata kepada 17,972.47 dan Indeks FBM ACE menokok 9.73 mata kepada 5,868.69.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 37.71 mata kepada 17,534.22 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.60 mata kepada 197.39.
Indeks Tenaga naik 3.89 mata kepada 974.54 dan Indeks Perladangan meningkat 19.46 mata kepada 7,030.82.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.24 mata kepada 1,601.44 daripada 1,598.20 ketika ditutup semalam.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.