TAJUK berita akhbar The Star pada 3 Disember berbunyi “Najib: We must be the people’s party”. Dalam bahasa Melayu “Najib: Kita wajib menjadi parti rakyat”. “Kita” dalam ayat di atas merujuk kepada UMNO.
Soalnya, sejak bila pula UMNO bukan parti rakyat? Atau, jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa UMNO sudah menjadi parti orang bangsawan, parti “warlords” dan parti laki-bini.
Ataupun Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden UMNO mengakui selama ini parti itu tidak cukup mengutamakan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera?
Itulah yang terserlah ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu apabila Mohd Najib begitu menguar-uarkan undi Cina dan India sebagai pemangkin kemenangan Barisan Nasional (BN).
Tetapi yang akhirnya menyelamatkan beliau daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina adalah orang Melayu dan Bumiputera di kampung-kampung.
UMNO Dahulukan Rakyat?
Berita Harian pula, pada hari yang sama, memetik beliau sebagai berkata kepemimpinan parti “perlu beri isyarat jelas bahawa UMNO sentiasa dahulukan rakyat.”
Dalam Mohd Najib berikrar, berjanji mendahulukan rakyat, muka depan The Star memuatkan berita bertajuk “Painful but necessary” (sakit tapi diperlukan) yang merujuk kepada kenaikan 14.89 peratus tarif elektrik bagi Semenanjung dan 16.9 peratus bagi Sabah mulai 1 Januari ini.
Tarif tidak naik di Sarawak kerana negara itu memilih untuk melaksanakan autonominya dengan tidak menurut jejak kerajaan pusat. Sarawak menjana dan mengedarkan sendiri keperluan elektriknya.
BN Sarawak pun tidak serupa dengan BN pusat. Ia terdiri sepenuhnya daripada parti-parti politik negeri. Baru-baru ini, Johor pun menggunakan juga autonominya yang terhad untuk mengembalikan cuti hujung minggu daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu.
Apakah perhimpunan Umno akan menutup mata kepada keingkaran sivil yang sedang dipamerkan oleh negeri-negeri, termasuk yang diperintah oleh BN, terhadap kuasa kerajaan pusat?
Negeri-negeri jelas tambah berani mengambil kesempatan daripada kelemahan kerajaan pusat berikutan PRU 5 Mei lalu untuk melakukan hal-hal yang mereka tidak berani lakukan sebelum ini.
Berubah atau business as usual?
Soalnya, adakah para pembesar Umno dan perwakilan yang berhimpun di PWTC untuk persidangan tahunan parti itu sekarang sedar akan perubahan yang sedang melanda mereka atau bagi mereka, “it’s business as usual”?
Apakah slogan rakyat didahulukan akan terus menjadi pemanis kata dan perwakilan akan memberi "standing ovation” kepada setiap patah perkataan yang Presiden ucapkan?
Kalau benar seperti kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin bahawa persidangan Pemuda UMNO perlu memberi fokus kepada isu rakyat dan kepada peranan kerajaan, melalui agensinya untuk menangani masalah rakyat serta kepentingan Melayu, adakah beliau tahu apakah isu-isu yang mengacau fikiran rakyat?
Adakah beliau, seorang yang pandai dan memimpin pergerakan yang ramai orang cerdik, berani bercakap dan bertindak isu-isu rakyat seperti beliau ikrarkan?
Adakah beliau berani bertindak membanteras rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran serta kefoya-foyaan pembesar UMNO, anak bini dan konco-konco mereka?
Adakah beliau berani menghurai mengapa 1MDB, sebuah syarikat milik negara menghantar RM7 bilion ke syurga cukai (tax haven) Cayman Islands sedangkan kita mempunyai tax haven sendiri di Labuan?
Atau adakah Khairy juga sudah disedut ke dalam lubang hitam (black hole) politik yang tidak ada jalan keluar melainkan kemusnahan dan Pemuda UMNO sedang menyusuri laluan yang sama yang menjadikan Pergerakan Wanita bahan senda kawan dan lawan?
Dan adakah Pergerakan Puteri sekadar penyeri majlis sahaja atau menjadi suara lantang generasi baru wanita Malaysia?
Adakah isu mendesak seperti inflasi, pengangguran graduan, rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diilhamkan oleh Amerika, ekonomi Bumiputera yang makin terumbang-ambing dan diskriminasi sektor swasta terhadap pekerja Bumiputera akan mendapat tempat dalam perbahasan?
Atau ia akan terus menjadi pentas memuji memuja ala “I love PM” atau menunjukkan kehebatan berlawak jenaka ala Raja Lawak?
Wallahualam. -- kadirjasin.blogspot.com
_________________________
* Tulisan ini pertama kali tersiar di blog The Scribe A Kadir Jasin
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
A Kadir Jasin
Wed Dec 04 2013
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.