Ringkasan AI
- Pelaburan Hyundai di Malaysia: Hyundai Motor Co akan melabur AS$479 juta (RM2.14 bilion) di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025, bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd untuk menaik taraf kilang di Kulim.
- Pengeluaran Kenderaan: Bermula pertengahan 2025, kilang tersebut akan mengeluarkan model MPV, minivan Staria, dan SUV bersaiz sederhana hingga besar, dengan skala pengeluaran bermula pada 20,000 unit setahun dan akan ditingkatkan.
- Komitmen Terhadap EV: Hyundai juga komited untuk mengembangkan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, termasuk aspek jualan EV, pembinaan stesen pengecasan, dan pengeluaran bateri.
lapor Agensi Berita Yonhap, Hyundai akan bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan untuk menaik taraf kilang pengeluarannya di Kulim.
Bermula pertengahan 2025, kilang berkenaan akan mengeluarkan unit pemasangan tempatan (CKD) bagi model kenderaan pelbagai guna (MPV) dan minivan Staria. Hyundai juga merancang untuk mengeluarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz sederhana hingga besar di kilang baharu itu.
Menurut syarikat pengeluar kenderaan Korea Selatan itu, skala pengeluaran akan bermula pada kadar 20,000 unit setahun dan kemudian akan ditingkatkan.
Kenderaan yang dihasilkan di Malaysia ini akan diedarkan ke pasaran tempatan dan seluruh negara-negara Asia Tenggara.
Laporan juga berkata Hyundai juga menyatakan komitmen untuk mengembangkan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia termasuk dalam aspek jualan EV, membina stesen pengecasan dan pengeluaran bateri.
"Kami membuat keputusan pelaburan ini berdasarkan kepentingan yang semakin meningkat bagi Asia Tenggara dan pasaran Malaysia.
"Kami juga berhasrat untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di rantau ini melalui penciptaan peluang pekerjaan serta pembangunan bakat tempatan," menurut Hyundai.