Khairy Jamaluddin berkata, langkah tersebut dapat membuka ruang untuk bekas Ahli Parlimen Pekan itu membuat pengakuan bahawa beliau diperdayakan seperti mana yang dilakukan dalam permohonan maafnya baru-baru ini.
Ujar beliau, Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan bahawa Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Tidak lama selepas itu, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Pembangunan Luar Bandar) dipecat.
"Arahan juga diberikan kepada anggota jemaah Menteri supaya tidak ada lagi perbincangan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Semuanya akan diuruskan oleh beliau sendiri sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap pada Rabu.
Menurut Khairy Jamaluddin, selain Muhyiddin, Mohd Shafie dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, terdapat beberapa anggota jemaah menteri yang sentiasa mencabar serta mempersoal Najib berhubung kes tersebut.
“Kalau kita hendak terima (permohonan maaf) pada nilai muka apa yang Najib kata bahawa beliau terpedaya. Maka ia berbalik kepada apa yang dikatakan oleh Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua melalui hantarannya.
“Apabila isu ini didedahkan, kenapa (Najib) tidak ambil langkah yang lain? Kenapa pecat Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Peguam Negara atau Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?
“Itu tidak konsisten dengan seseorang yang telah ditipu,” ujarnya. - Sinar Harian