1. Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
Pelakon terkenal, Diana Danielle hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan permohonan perceraian terhadap suaminya, pelakon, Farid Kamil.
2. Anwar bawa mandat Dewan Rakyat kecam kekejaman Israel di Arab Saudi minggu depan
Malaysia akan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 November ini di Riyadh, Arab Saudi.
3. SPRM ambil beberapa dokumen dari MoF, Khazanah, FashionValet - Azam
Beberapa dokumen kewangan telah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kementerian Kewangan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan FashionValet Sdn Bhd.
4. Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej
Seorang pelajar ditemukan meninggal dunia dalam asrama di sebuah kolej swasta di Chukai, pada Isnin.
5. Enam rakyat Malaysia termasuk artis miliki pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat
Keenam-enam rakyat Malaysia yang disyaki memiliki dadah jenis pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat sebelum dibicarakan atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
6. China dijangka kekal jadi rakan dagang terbesar Malaysia pada masa depan
China dijangka terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kematangan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah mencecah 50 tahun.
7. Rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine masih hidup - KPN
Rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan Ukraine dalam konflik membabitkan negara itu dengan Rusia disahkan sebagai Lee Bing Hang dan dipercayai masih hidup serta berada dalam keadaan selamat.
8. Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa wang sebanyak AS$13 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah digunakan untuk berjudi di kasino Las Vegas Sands LLC di Amerika Syarikat, 12 tahun lepas oleh dua 'pemain'.
9. Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempertahankan jawatan mereka sebagai Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
10. Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.