Sehingga ke hari ini, bukan ratusan malah ribuan sukarelawan telah ke Pantai Timur serta beberapa negeri lagi yang terjejas teruk akibat banjir.
Serentak itu, pada Isnin, Menteri Pertanian & Industi Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa sukarelawan mendaftar diri mereka sebelum menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir.
Gesaan itu adalah untuk memudahkan kerja-kerja menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir agar lebih sistematik.

Mencuri tumpuan di media sosial hari ini adalah foto-foto beberapa sukarelawan dari Palestin yang turut menggembleng tenaga membantu mangsa banjir di Kelantan. Mereka ini adalah sebahagian daripada 50 orang sukarelawan dari 'Palestinian Cultural Organization Malaysia' (PCOM).
Mereka berada di Kelantan dan Pahang sejak Sabtu lalu dalam misi bantuan yang dipanggil #Hands4Malaysia. Menurut laman Facebook Shehab News Agency, warga Palestin ini adalah golongan Mahasiswa yang kini belajar di Malaysia.
Bukan sahaja membantu dengan memberi sumbangan barang keperluan, malah mereka dilihat turut ringan tulang membantu membersihkan rumah mangsa banjir yang dipenuhi sampah dan lumpur.
Menurut Muslim Imran, Pengerusi PCOM, kempen #Hands4Malaysia ini adalah satu daripada usaha bantuan berterusan dan juga untuk menyampaikan mesej perpaduan serta solidariti.
"Kerajaan, badan NGO dan rakyat Malaysia telah sejak dahulu lagi memberi sokongan kepada Palestin & membantu kami dalam apa jua cara serta kemampuan. Ini cuma sebahagian daripada usaha kami untuk membalas budi rakyat negara ini disamping membuktikan semangat persaudaraan atau 'brotherhood' diantara Palestin dengan Malaysia." jelas Imran.