TIKTOK didenda AS$10 juta oleh mahkamah di Venezuela selepas didapati gagal menghalang penyebaran cabaran tular yang menyebabkan kematian tiga orang kanak-kanak.


Ringkasan AI
  • TikTok didenda AS$10 juta oleh mahkamah di Venezuela kerana gagal menghalang penyebaran cabaran tular yang menyebabkan kematian tiga kanak-kanak dan mencederakan 200 lagi.
  • Mahkamah memberikan TikTok lapan hari untuk membayar denda dan membuka pejabat operasi di Venezuela untuk mengelakkan tindakan lanjut.
  • TikTok sering dipersalahkan atas insiden cabaran tular berbahaya, termasuk kes "blackout challenge" di Amerika Syarikat yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.


Trend tular melibatkan aktiviti menghirup bahan kimia ini juga menyebabkan 200 kanak-kanak lagi mengalami kecederaan.

Mahkamah memberikan TikTok lapan hari untuk membayar denda tersebut dan juga membuka pejabat operasi di Venezuela sekiranya tidak mahu berhadapan dengan tindakan lanjut.

Cabaran tular adalah antara sebab TikTok popular khususnya dalam kalangan orang muda kerana membolehkan mereka melakukan aktiviti yang sama.

TikTok sudah beberapa kali dipersalahkan apabila berlaku insiden disebabkan oleh cabaran tular berbahaya di platform mereka.

Ogos lalu, mahkamah di Amerika Syarikat membenarkan TikTok disaman disebabkan oleh “blackout challenge” yang menyebabkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun. -Amanz