Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, insiden berlaku kira-kira jam 2.58 pagi.
"Sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota kemudian diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.
Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah rumah kediaman setingkat jenis kekal telah runtuh dan berdasarkan maklumat awam, terdapat seorang mangsa di dalam rumah tersebut," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebelum seorang mangsa lelaki ditemui tidak sedarkan diri di bawah runtuhan.
"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak," katanya lagi.
Identiti mangsa, jelasnya, disahkan sebagai Lim Inn Tong, 58, dan punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik.