KUALA LUMPUR:Kejadian tanah runtuh di Taman Gambang Damai Kuantan pada awal pagi Selasa mencetuskan kebimbangan penduduk setempat.
Penduduk, Nor Rizal Md Noar khuatir insiden yang sama akan berulang lagi dalam masa terdekat disebabkan hujan yang kerap sejak kebelakangan ini.
“Saya berasa risau kawasan Taman Gambang Damai ini memang rata-rata dikelilingi kawasan berbukit dan bercerun.
“Walaupun reka bentuk rumah saya berlainan daripada dua rumah yang runtuh pagi tadi, kawasan perumahan ini masih bercerun.
“Kami risau apabila terdapat pergerakan, ia akan menjejaskan rumah-rumah yang lain,” katanya apabila dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Dua rumah runtuh di Gambang awal pagi ini - Bomba
Katanya, pihak berkuasa tempatan telah meminta kesemua penghuni di rumah yang berderetan untuk mengosongkan kediaman masing-masing.
Bagaimanapun, disebabkan rumahnya terletak di lorong yang berlainan, beliau tidak diminta untuk berpindah lagi.
“Walaupun kedengaran 200 meter (m) hingga 300m, sebenarnya rumah saya masih jauh daripada tempat kejadian.
“Sekarang, hanya reka bentuk rumah yang berkaki tiang sahaja yang diminta berpindah secara berperingkat kerana bimbang tiang itu tidak kuat.
“Saya rasa ia tidak akan menjejaskan rumah saya buat ketika ini namun, saya risau ialah sekiranya cerun runtuh, ia akan menghempap rumah saya,” katanya.
Sekitar pukul 3 pagi Selasa, dua buah rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Taman Gambang Damai.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian, dua buah rumah berkenaan tidak berpenghuni.
Isabelle Leong
Tue Jan 05 2021
Sekitar pukul 3 pagi Selasa, dua buah rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Taman Gambang Damai. - Foto Astro AWANI
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
PM Anwar ucap takziah, turut bersolidariti bersama China
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.
Tumpuan Rabu – 8 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
NACSA dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 pada Oktober ini.
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Tanah runtuh Gambang: Penduduk khuatir tanah runtuh berulang
Penduduk, Nor Rizal Md Noar khuatir insiden yang sama akan berulang lagi dalam masa terdekat disebabkan hujan yang kerap sejak kebelakangan ini.