Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa GLIC dan GLC untuk memberi cadangan kukuh bagi memperkasa ekonomi bumiputera.
- Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) membincangkan pemerkasaan syarikat bumiputera melalui mySTI dan Wakaf MARA MADANI.
- MEB memastikan keberkesanan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dipantau sebagai agenda nasional.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kalangan pemimpin itu juga berperanan dalam mengerakkan prakarsa atau usaha berkaitan pembangunan ekonomi golongan bumiputera.
Beliau menegaskan perkara itu menerusi hantaran di laman X hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025.
Perdana Menteri berkata pada mesyuarat itu, MEB telah membincangkan kertas-kertas berkaitan pemerkasaan syarikat bumiputera dalam pemerolehan kerajaan melalui Program mySTI dan hala tuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.
"Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya," kata beliau.
-- BERNAMA