KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ringkasan AI
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion dalam tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
  • Pendekatan "GEAR-uP" akan digunakan, dengan enam GLIC melabur RM25 bilion tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha tersebut.
  • Belanjawan pembangunan tahun ini adalah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penekanan dan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi kerajaan bukan semata-mata keuntungan tetapi pendekatan yang disebut "GEAR-uP".

"'GEAR-uP' iaitu enam GLIC dan seluruh kekuatan GLIC melabur sekitar RM120 bilion dalam masa lima tahun (RM25 bilion bagi tahun ini) yang akan menjana pertumbuhan ekonomi selain daripada belanjawan yang telah diluluskan.

"Ini merupakan belanjawan pembangunan yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lalu," kata beliau semasa waktu pertanyaan lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai fokus terkini KPI GLC dan GLIC bagi memastikan sumbangan dividen dapat mengukuhkan anggaran pendapatan kerajaan bagi 2025.

-- BERNAMA