KUALA LUMPUR: Jumlah dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos, 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim.
Katanya daripada jumlah itu purata pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah 64.9 peratus yang mana 24.4 peratus dalam ekuiti tersenarai domestik.
Selain KWSP, dana-dana pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) juga merangkumi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Bagi tempoh 2019 sehingga 31 Ogos, 2023, jumlah dana pelaburan PNB adalah RM332 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 84.3 peratus yang mana 74.4 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik.
"Manakala bagi dana pelaburan KWAP pula, bagi tempoh itu ia berjumlah RM167 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 79.3 peratus yang mana 45.2 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik.
"Bagi dana pelaburan LTH, sehingga 31 Ogos, 2023, ia berjumlah RM91 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 90.1 peratus yang mana 18.3 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik.
"Sehingga 31 Ogos, 2023, jumlah dana pelaburan LTAT adalah RM10.5 bilion dengan keseluruhan dana dilaburkan dalam pasaran domestik yang mana 52 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin mengetahui tentang jumlah pelaburan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan GLIC di Malaysia dan di luar negara dan adakah keseluruhan pelaburan tersebut selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti Malaysia.
Sim berkata sepanjang tempoh 2019 hingga 31 Ogos, 2023, sebahagian besar atau lebih 60 peratus dana pelaburan GLIC adalah dalam pasaran domestik.
Berdasarkan peruntukan aset strategik, secara purata antara 15.8 peratus hingga 62.7 peratus dana pelaburan GLIC adalah dalam ekuiti tersenarai domestik di Bursa Malaysia.
Selain itu, beliau berkata Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) pula selaku pengurus dana kekayaan negara telah membuat pelaburan domestik sebanyak RM9.2 bilion dalam tempoh 2019 sehingga 2022 dan ia bersamaan 32.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang bernilai RM28.3 bilion.
"Dalam hal ini, peranan Khazanah tertumpu untuk mewujudkan nilai tambah melalui 'active stewardship' dalam syarikat pelaburannya untuk menyokong dan mengukuhkan nilai pasaran syarikat.
"Di samping itu, tumpuan Khazanah juga adalah kepada aset strategik dan aset pembangunan seperti sektor penerbangan dan pelancongan yang menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19," katanya.
Sehingga 31 Dis, 2022, jumlah portfolio pelaburan Khazanah dengan Nilai Aset Boleh Direalisasikan adalah sebanyak RM122.5 bilion dan daripada jumlah berkenaan, nilai pasaran pegangan Khazanah dalam negara adalah berjumlah RM81.2 bilion atau 66.3 peratus.
Berkenaan GLC, beliau berkata pelaburan syarikat lebih tertumpu kepada perbelanjaan modal domestik bagi mengembangkan syarikat termasuk pembelian aset untuk perniagaan dan operasi syarikat dengan sebahagian besarnya adalah syarikat seperti Tenaga Nasional Bhd, Malaysian Airport Holdings Bhd dan Telekom Malaysia Bhd yang merupakan anak syarikat Khazanah Nasional Bhd.
Kementerian Kewangan juga turut menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya GLIC meningkatkan pelaburan dalam negara.
"Kementerian percaya bahawa berdasarkan peruntukan aset strategik masing-masing, GLIC akan kekal komited membuat pelaburan dalam negara termasuk di Bursa Malaysia yang mana, penyertaan GLIC dilihat berupaya memperkukuh pasaran ekuiti tempatan," katanya.
Setakat 25 Sept, 2023, saiz pasaran ekuiti Malaysia bernilai RM1.78 trilion, iaitu peningkatan sebanyak RM42.68 bilion atau kira-kira 2.5 peratus berbanding RM1.74 trilion pada 31 Dis, 2022.
Penyertaan GLIC dalam pasaran ekuiti di Malaysia mewakili 7.7 peratus daripada jumlah purata nilai dagangan harian dengan sektor tumpuan seperti perbankan, industri berkaitan komoditi dan lain-lain.
Berdasarkan data daripada Bursa Malaysia dalam Dokumen Tinjauan Ekonomi 2024 oleh Kementerian Kewangan, prestasi urus niaga pada tahun ini setakat 31 Ogos, 2023 adalah lebih baik berbanding tahun lalu.
Ia khususnya dari segi peningkatan bilangan unit yang diurus niaga iaitu jumlah bilangan unit urus niaga meningkat sebanyak 14.4 peratus daripada 489.4 bilion unit kepada 559.6 bilion unit dan purata urus niaga harian juga meningkat 15.1 peratus daripada 3 bilion unit kepada 3.5 bilion unit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Menurut beliau, daripada jumlah itu purata pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah 64.9 peratus yang mana 24.4 peratus dalam ekuiti tersenarai domestik. - Gambar fail/Bernama

Apple TV+ dilaporkan rugi lebih AS$1 bilion setiap tahun
Apple menghadapi cabaran menarik lebih ramai pengguna kerana katalognya yang rendah dan kurang fokus pada kandungan lokal.

Robot Boston Dynamic Atlas kini boleh merangkak dan aksi putar roda
Atlas telah dikemas kini dengan kemampuan melakukan aksi putar roda, melutut dan juga merangkak.

KL Wellness City perkenal Bandar Kesejahteraan bertaraf dunia di Bukit Jalil
Projek ini merangkumi hospital bertaraf antarabangsa, kediaman mesra kesejahteraan, pusat perubatan, dan ruang komersial yang saling berhubung.
AWANI Ringkas: Warga emas ditahan, memandu lawan arus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua kanak-kanak perempuan antara 38 ditahan merempit - JPJ
Dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditahan JPJ kerana berlumba haram di Kuala Lumpur. Ibu bapa mereka dipanggil, dan tindakan akan diambil.
Seorang maut, tujuh parah kemalangan van dan bas
Seorang maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah van pekerja yang bertembung dengan sebuah bas pekerja di Jalan Pulau Meranti, Puchong.
Analisis inflasi Februari 2025
Ikuti analisis berkenaan laporan peningkatan inflasi bersama Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.

Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy
Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.
[TERKINI] Inflasi Malaysia: Meningkat secara perlahan pada 1.5 peratus pada Februari - DOSM
Inflasi Malaysia meningkat secara perlahan sebanyak 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Umat Islam diingatkan hati-hati utara pendapat di sosial media - MKI
Umat Islam diminta berhati-hati ketika utarakan pendapat di media sosial mengutamakan akhlak yang baik.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Caruman i-Saraan berjumlah RM2.6 bln pada 2024 - Amir Hamzah
Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga
Dividen kukuh yang diumumkan KWSP menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan MADANI berada di landasan yang betul.