Ringkasan AI
- Apple TV Plus mengalami kerugian lebih $1 bilion setiap tahun.
- Apple TV Plus mempunyai sekitar 45 juta pelanggan berbayar pada tahun 2024.
- Apple menghadapi cabaran menarik lebih ramai pengguna kerana katalognya yang rendah dan kurang fokus pada kandungan lokal.
Terbaharu, mengikut laporan The Information, Apple TV+ dikatakan mengalami kerugian lebih $1 bilion setiap tahun.
Ia dikatakan pada tahun 2024 lepas, Apple TV+ mempunyai sekitar 45 juta pelanggan berbayar.
Tidak diketahui berapa ramai melanggannya secara berasingan, dan berapa ramai yang menerima akses Apple TV+ melalui berkas langganan Apple One.
Di samping itu, Apple juga dilihat menghadapi cabaran dalam menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan penstriman video mereka – jikalau dibandingkan dengan Netflix, Prime Video mahupun Disney+ Hotstar.
Salah satu sebabnya adalah kerana katalognya yang masih rendah, selain Apple seperti tidak memfokuskan kandungan lokal melalui penawaran mereka.
Apa pun, boleh dikatakan kerugian $1 bilion adalah rendah kepada Apple, yang menjana keuntungan lebih tinggi berbanding pelbagai penyedia perkhidmatan lain di pasaran. -Amanz
