PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara sebaliknya meningkatkan pelaburan dalam negara.
Berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan bagaimanapun bersedia memberi kelonggaran kepada GLC dan GLIC untuk membuat pelaburan di luar negara sekiranya ada keperluan.
"Saya beri beberapa arahan untuk harus juga ada penekanan pengurangan pelaburan di luar negara kerana kalau alasannya tidak menarik maka apa kemunasabahan kita mengadakan kempen menarik pelabur asing ke Malaysia," kata beliau.
Anwar juga telah meminta MoF dan Pantau MADANI menyelaraskan usaha supaya GLIC dan GLC melaksanakan pelaburan strategik selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
"Saya meminta kerjasama juga GLIC dan GLC supaya dapat berinteraksi secara langsung dengan pimpinan untuk memastikan pelaksanaan program-program (mereka) mengikut dasar yang kita tentukan.
"Saya beri contoh transisi tenaga, transformasi digital itu sangat mendesak dan kritikal bagi negara. Ia memerlukan penglibatan semua (kerana) transformasi digital itu, kalau kita tidak pantas dan pesat membuat perubahan, sistem pendidikan kita, tatakelola kita, akan menyebabkan kita ketinggalan," kata beliau.
Anwar berkata dalam membuat keuntungan, GLIC dan GLC juga perlu mengambil tanggungjawab korporat lebih besar dalam pembangunan negara termasuk meningkatkan tahap kebajikan pekerja mereka.
"Saya ingat lagi laporan awal apabila kita menswastakan Tenaga (Tenaga Nasional Bhd), Telekom (Telekom Malaysia Bhd), saya kata mereka bila diswastakan, catat keuntungan besar, sepatutnya menteri kewangan ucap terima kasih.
"Oleh itu, saya ucap terima kasih tetapi saya tanya masalah mereka (pekerja) tidak selesai, umpamanya kemiskinan tegar keluarga di bawah Tenaga, Telekom, apakah ia masalah kementerian, tentunya masalah syarikat.
"Ada 15,000 pekerja, 5,000 pekerja tiada rumah, tak mungkinkah kita fikir ada rencana untuk membina perumahan untuk pekerja sendiri?
"Kita catat keuntungan dengan cakap soal pengkomersialan dan kita bebankan kelompok yang agak pendapatan rendah ini kepada kementerian dan kerajaan untuk menangani, saya tidak fikir itu munasabah," kata beliau.
Justeru, Anwar mahu dalam tempoh sebulan ini, GLIC dan GLC memberikan laporan kepada kerajaan berkaitan perancangan mereka mengenai rencana pelaburan, Bumiputera, perumahan pekerja dan pendidikan termasuk meningkatkan mutu pendidikan.
Pada majlis itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada dua agensi utama kerajaan iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana berjaya melepasi sasaran kutipan hasil yang ditetapkan tahun lepas.
Pada tahun lepas, LHDN berjaya mengutip sebanyak RM183 bilion berbanding RM175 bilion pada 2022 manakala JKDM pula mengutip hasil mencecah RM55 bilion berbanding RM53 bilion pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini. - Foto Bernama

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan di negara ini pada tahun lalu membuatkan setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.

KEB setahun: Pemetaan kluster, 3P pemacu agenda perkasa bumiputera - Pakar
Agenda pemerkasaan bumiputera perlu berteraskan tumpuan terhadap aspek pemetaan kluster dan penguasaan sektor strategik bagi memastikan kehadiran golongan itu di setiap peringkat.

PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.

GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.

UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.

Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.

Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Arahan ini selaras pengumuman agar Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 GLC bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab.

Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.