Sebuah klip video yang memuatkan rakaman audio tentang pertanyaan asal-usul rakyat Malaysia mula viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Tidak dapat dipastikan dari mana dan siapa merakamkan audio tersebut, namun cara ia mempersendakan pertanyaan yang biasa diajukan rakyat Malaysia itu cukup mencuit hati.

Dalam video tersebut, beberapa contoh jawapan diberikan kepada soalan "kau asal dari mana"? mengikut negeri masing-masing.

Antara negeri yang disebut ialah Kelantan, Pahang, Terengganu dan Kedah.

Jawapan yang diberikan pula menggunakan bahan yang kebiasaannya mewakili negeri terbabit.

Sebagai contoh, jawapan untuk mereka yang berasal Kedah adalah "takkan orang Kedah nak letak padi atas kepala baru nampak macam orang Kedah".

Secara tidak langsung, ramai yang menjadikannya bahan untuk mengusik sahabat dan rakan di media sosial.

Tidak kurang juga yang mereka jawapan tersendiri berhubung soalan tersebut.









Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Temerloh Datuk Nasrudin Hassan turut menggunakan konsep yang sama untuk menjawab soalan tentang parti yang diwakilinya dalam satu status di Facebooknya, baru-baru ini.

Kalau saya musafir ke luar negara, orang mesti tanya saya, awak ni sokong parti mana ? Saya pun jawab, saya ni orang...

Posted by Nasrudin Hassan on

Kalau saya musafir ke luar negara, orang mesti tanya saya, awak ni sokong parti mana ? Saya pun jawab, saya ni orang...

Posted by Nasrudin Hassan on Wednesday, October 7, 2015