PUTRAJAYA: Selepas mendapat banyak pendedahan mengenai Malaysia, ramai penduduk Hioki, sebuah bandar kecil di Wilayah Kagoshima, Jepun dilihat amat berminat dengan kebudayaan dan warisan negara, menurut pegawai hubungan antarabangsa di Majlis Perbandaran Hioki, Yuzairi Abdul Rahim.
Beliau berkata ramai penduduk bandar itu yang ditemuinya mengumpamakan perkenalan dengan Malaysia 'bagaikan jatuh cinta pandang pertama',
Mengakui kebanyakan masyarakat Jepun masih tidak mengenali Malaysia dan kebudayaannya, Yuzairi yang telah bersama dengan Majlis Perbandaran itu sejak Ogos lepas berkata beliau bertekad untuk memberi lebih banyak pendedahan dan maklumat kepada lebih ramai masyarakat di negara matahari terbit itu mengenai keindahan budaya serta makanan Malaysia.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Yuza San' (san - encik dalam bahasa Jepun) dalam kalangan penduduk Hioki berkata, beliau telah menghadiri hampir 30 kelas khas di bandar itu sepanjang tempoh bekerja di sana, dan banyak terlibat dalam majlis-majlis masyarakat setempat, dengan membawa pelbagai budaya Malaysia untuk diperkenalkan.
Anak kelahiran Kedah berumur 41 tahun itu berkata beliau turut berkongsi citarasa masakan Malaysia seperti nasi goreng, nasi lemak, pisang goreng dan karipap serta tarian tradisional dalam setiap acara masyarakat setempat yang disertainya, dengan membuka reruai.
Selain itu Yuzairi berkata beliau juga membawa pakaian tradisional Malaysia ketika menghadiri program di sekolah-sekolah rendah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak Jepun melihat dan memperagakan keunikan pakaian tradisional Malaysia.
Beliau berkata mulanya masyarakat Jepun memang agak kekok dengan budaya Malaysia, malah ada segelintir yang langsung tidak tahu wujudnya sebuah negara bernama Malaysia, namun setelah hampir lapan bulan berkongsi budaya Malaysia dengan semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak hingga ke warga emas di bandar ini, kini semakin ramai yang ingin melawat dan melihat Malaysia dengan mata sendiri.
"Kita tahu orang Malaysia memang suka dengan budaya Jepun, cuma tidak ramai yang ada kesempatan untuk perkenal dan berkongsi budaya Malaysia dengan orang Jepun secara mendalam.
"Keunikan budaya kita memang buat orang Jepun terpesona dan semakin suka dengan negara kita," kata bapa kepada dua orang anak itu kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, di sini hari ini.
Anak perantau selama 13 tahun itu berkata kebanyakan masyarakat sangat tertarik dengan kepelbagaian jenis makanan di Malaysia serta kagum masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama, tetapi hidup dalam harmoni dan hati budi orang Malaysia yang baik serta rendah diri.
Dengan niat untuk menjadi perantara untuk menghubung dan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Jepun, Yuzairi berkata beliau juga ingin memberi pendedahan kepada masyarakat Malaysia supaya meneroka Jepun bukan sahaja di bandar-bandar besar seperti di Tokyo dan Osaka tetapi sangat berbaloi untuk merasai suasana budaya perkampungan di Jepun seperti Hioki.
Yuzairi berkata sekolah-sekolah di Hioki mempunyai silibus pendedahan hubungan antarabangsa yang diadakan setahun sekali dan Penyelaras Hubungan Antarabangsa (CIR) akan membuat perancangan pembelajaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengenali dunia luar dengan lebih dekat.
"Pada mulanya kekoklah sebab kurang pendedahan pasal budaya Malaysia, tetapi sekali dah kenal mereka memang suka sangat dan kagum. Cuaca negara kita yang panas sepanjang tahun, kedudukan Malaysia (di peta dunia) dan bahasa yang ditutur di Malaysia pun (ramai) mereka tidak tahu. Semuanya macam ilmu pengetahuan baharu buat mereka," katanya.
Yuzairi berkata penduduk tempatan Hioki tidak kira muda atau warga emas akan diberi peluang melawat Malaysia dua tahun sekali dan bandar Hioki akan menaja separuh daripada perbelanjaan itu, sambil menambah tahun ini ada satu kumpulan akan melawat Malaysia pada bulan Ogos nanti.
Pengalaman beliau di Jepun bermula apabila beliau diterima untuk belajar di Universiti Yamanashi pada 2002, dan kemudiannya beliau menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), dan pernah bekerja sebagai jurutera selama empat tahun.
Beliau kembali ke Malaysia dan bekerja sebagai pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dari 2017 hingga 2023.
Memandangkan budaya Jepun yang memukau, Yuzairi berkata beliau mencuba nasib apabila Kedutaan Jepun di Malaysia membuka permohonan untuk jawatan pegawai hubungan luar di Hioki, dan ternyata jodohnya dengan negara matahari terbit memang ada apabila diberi peluang sekali lagi kembali ke Jepun pada Ogos tahun lepas.
Beliau berkata isteri dan dua anaknya yang masing-masing berumur tujuh dan 10 tahun kini berada di Jepun dan hasratnya adalah melihat anak-anaknya yang akan mula bersekolah pada April ini.
Harapan Yuzairi, anak-anaknya fasih berbahasa Jepun serta mengenali budaya Jepun dengan mendalam dan lebih ramai rakyat Jepun jatuh cinta dengan Malaysia dan budayanya.
Yuzairi mula berkongsi kehidupannya di Hioki menerusi aplikasi TikTok dan mendapat perhatian menerusi satu video klip bertajuk 'Hubungan Antarabangsa Cilik Malaysia-Jepun' yang memaparkan kanak-kanak dilihat teruja dengan budaya Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024

Yuzairi juga membawa pakaian tradisional Malaysia ketika menghadiri program di sekolah-sekolah rendah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak Jepun melihat dan memperagakan keunikan pakaian tradisional Malaysia. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.

Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.

Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.

Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin
Pelajar itu dikenali sebagai Hannani, 21, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.