TOKYO: Sebuah bot nelayan Jepun yang membawa lima orang terbalik di perairan berhampiran pulau utama paling utara Jepun, Hokkaido pada Ahad, menyebabkan dua anak kapal hilang, menurut Xinhua, memetik laporan media tempatan.

Menurut Pejabat Pengawal Pantai Jepun di Rumoi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan, Persatuan Koperasi Perikanan Kitarumoi melaporkan kepada pihak bomba bahawa sebuah bot nelayan telah terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido, menurut penyiar awam NHK.

Bot itu membawa lima orang dalam lingkungan 20-an hingga 50-an, dan tiga daripada mereka, termasuk kapten, telah diselamatkan oleh bot berhampiran, tetapi dua anak kapal, berusia 29 dan 48 tahun, masih hilang, menurut laporan itu.

Bot peronda Pengawal Pantai Jepun dan yang lain sedang mencari anak kapal yang hilang, tambahnya.

-- BERNAMA