BATU PAHAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menambah aset udara serta meluaskan kawasan pencarian bagi mengesan empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot terbalik di perairan Tanjung Segenting, di sini semalam.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata Op Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) esok akan melibatkan pertambahan sebuah helikopter milik agensi berkenaan.
Beliau berkata kawasan pencarian juga akan diteruskan di kawasan pesisir pantai berdasarkan kedudukan bot yang semakin menghampiri kawasan pantai berbanding kawasan ia dilaporkan terbalik yang berada di tengah laut.
"Pencarian akan dilakukan di kawasan pesisir kerana keadaan geografi sekitar yang berlumpur dan juga berpaya. Ia juga berdasarkan keterangan daripada mangsa yang terselamat, di mana kesemua mereka sempat terjun ke laut sebelum bot terbalik.
"Peluang mangsa yang hilang untuk ditemui dalam keadaan selamat masih ada sekiranya mereka memakai jaket keselamatan atau berpaut pada objek terapung serta ditemui oleh komuniti laut yang lain," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Zon Maritim Batu Pahat, di sini hari ini.
Mohd Haniff berkata Op Carilamat akan dihentikan sementara sekitar pukul 7 malam hari ini sekiranya tiada petunjuk baharu, dan akan disambung semula pukul 7 pagi esok.
Terdahulu media melaporkan empat nelayan warga tempatan berusia 51 hingga 63 tahun dilaporkan hilang setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan.
Kejadian pukul 6 pagi semalam itu dipercayai berlaku apabila bot nelayan tersebut yang turun ke laut untuk memukat ikan dilanda ombak kuat akibat cuaca buruk.
Empat nelayan yang masih hilang adalah tekong bot Chia Kah Chong, 51, Raud Daud @ Hamid, 53, Tan Hai Lian, 62, dan Lee Pong Ling, 63.
Manakala mangsa yang selamat Tan Siak Bin, 43, ditemui oleh bot nelayan yang berada berhampiran lokasi kejadian kira-kira 8 pagi semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Kawasan pencarian juga akan diteruskan di kawasan pesisir pantai berdasarkan kedudukan bot yang semakin menghampiri kawasan pantai. - Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.

Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris
Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.

Op Carilamat: Lelaki dikhuatiri lemas, ditarik ombak ketika memukat
Mangsa yang berasal dari Labok, Machang itu kali terakhir dilihat memakai baju serta seluar berwarna hitam.

Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan
Keseluruhan keluasan pencarian adalah 159.36 batu nautika persegi iaitu di perairan Selangor berdekatan sempadan Malaysia - Indonesia.

Penyelam hilang di Mersing: Apa yang kita ketahui setakat ini
EMPAT penyelam warga Eropah dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman skuba di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada 6 April lalu.

Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah
Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing

Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter dan anaknya Nathan Renze, 14 tahun.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan
Mohammad Shahrijan Sadeh, 39, dilaporkan hilang selepas turun ke laut untuk memukat ikan pada 6 pagi Isnin lepas di perairan berkenaan.

Bot karam, tiga nelayan hilang di perairan Pantai Remis
Tiga mangsa yang hilang itu semuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 29 sehingga 70 tahun.