LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) tiga nelayan disyaki terbabit insiden bot karam malam tadi.
Kejadian berlaku sekitar Pulau Talang di perairan Pantai Remis, kira-kira pukul 9 malam.
Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, mangsa yang hilang termasuk tekong, dan kesemuanya merupakan warga tempatan berumur dalam lingkungan 29 sehingga 70 tahun.
"Sejurus menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi, bot PERKASA 1223 dan KILAT 11 diatur gerak serta merta ke lokasi berkenaan.
"Menurut laporan yang diterima, salah seorang mangsa sempat membuat panggilan telefon kepada isteri dan memaklumkan keadaan bot dinaiki hampir karam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shahrizan berkata, bot yang berpangkalan di jeti Pantai Remis itu masih gagal ditemui sehingga kini.
Justeru, pihak Maritim Malaysia memperluaskan sektor pencarian sehingga 42.30 batu nautika persegi.
"Maklumat yang sama juga turut disalurkan kepada Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, dan Maritime Component Operation Comander (MCOC).
"Keadaan laut yang bergelora dengan ketinggian ombak 1.0 hingga 2.7 meter dan cuaca yang tidak menentu di lokasi kejadian menyukarkan operasi carilamat," ujarnya.
Shahrizan berkata, Maritim Perak menggesa komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan, susulan keadaan cuaca pada masa ini kurang baik.
Jelasnya lagi, operasi berkenaan akan diteruskan sehingga pukul 7.30 malam dan akan bersambung esok mulai jam 7 pagi, sekiranya mangsa masih gagal ditemui.
Aida Aziz
Sun Nov 14 2021

Operasi carilamat akan diteruskan sehingga pukul 7.30 malam ini dan bersambung jam 7 pagi esok sekiranya mangsa masih gagal ditemui. - Foto Maritim Perak

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.

Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris
Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.

Op Carilamat: Lelaki dikhuatiri lemas, ditarik ombak ketika memukat
Mangsa yang berasal dari Labok, Machang itu kali terakhir dilihat memakai baju serta seluar berwarna hitam.

Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan
Keseluruhan keluasan pencarian adalah 159.36 batu nautika persegi iaitu di perairan Selangor berdekatan sempadan Malaysia - Indonesia.

Penyelam hilang di Mersing: Apa yang kita ketahui setakat ini
EMPAT penyelam warga Eropah dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman skuba di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada 6 April lalu.

Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah
Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing

Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter dan anaknya Nathan Renze, 14 tahun.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan
Mohammad Shahrijan Sadeh, 39, dilaporkan hilang selepas turun ke laut untuk memukat ikan pada 6 pagi Isnin lepas di perairan berkenaan.

Bot karam, tiga nelayan hilang di perairan Pantai Remis
Tiga mangsa yang hilang itu semuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 29 sehingga 70 tahun.