BATU PAHAT: Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.
Pengarah Maritim Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yusuf berkata mayat Tan Hai Lian, 62, kemudian diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) yang memasuki hari ketiga menetapkan sektor pencarian merangkumi keluasan 129 batu nautika di laut dan keluasan 104 batu nautika oleh pesawat udara dan dimulakan pada 7 pagi.
"Terdahulu, empat nelayan dilaporkan hilang dan seorang berjaya diselamatkan oleh nelayan lain setelah bot yang mereka naiki terbalik akibat cuaca buruk Jumaat lepas," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, mayat tekong iaitu Chiah Kah Chong, 53, ditemukan pada 7 malam oleh nelayan yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran bot dilaporkan terbalik.
Mohd Haniff juga berkata Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Johor Bahru telah menerima makluman daripada Jabatan Laut Malaysia mengenai insiden seorang penumpang feri MV Cas terjatuh ke dalam laut di kedudukan 16 batu nautika Parit Jawa, Muar hari ini.
Beliau berkata Juli Afriko, 30, yang juga warga Indonesia, dilaporkan terjatuh pada kira-kira 3 petang ketika feri yang dinaiki mangsa dalam perjalanan ke Bengkalis.
"Berikutan kejadian tersebut, Zon Maritim Batu Pahat telah menggerakkan sebuah bot ronda Maritim Malaysia bagi melaksanakan OP Carilamat di lokasi terakhir mangsa dilaporkan terjatuh laut bagi melakukan pencarian," katanya.
Pencarian dibahagikan kepada sembilan sektor iaitu enam membabitkan laut serta tiga membabitkan udara dengan bantuan pesawat MI 171 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selain pesawat AW 139 milik Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yusuf berkata mayat Tan Hai Lian, 62, kemudian diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar FB APMM

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.

Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik ditemukan terdampar di Pantai Koris
Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.

Op Carilamat: Lelaki dikhuatiri lemas, ditarik ombak ketika memukat
Mangsa yang berasal dari Labok, Machang itu kali terakhir dilihat memakai baju serta seluar berwarna hitam.

Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan
Keseluruhan keluasan pencarian adalah 159.36 batu nautika persegi iaitu di perairan Selangor berdekatan sempadan Malaysia - Indonesia.

Penyelam hilang di Mersing: Apa yang kita ketahui setakat ini
EMPAT penyelam warga Eropah dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman skuba di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada 6 April lalu.

Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah
Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing

Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter dan anaknya Nathan Renze, 14 tahun.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan
Mohammad Shahrijan Sadeh, 39, dilaporkan hilang selepas turun ke laut untuk memukat ikan pada 6 pagi Isnin lepas di perairan berkenaan.

Bot karam, tiga nelayan hilang di perairan Pantai Remis
Tiga mangsa yang hilang itu semuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 29 sehingga 70 tahun.