Beliau berkata keadaan itu boleh dilihat di Jonker Street apabila ramai pelancong China semakin gemar memakai baju kebaya Nyonya yang amat popular dalam kalangan masyararakat itu.
"Perkara ini membuktikan budaya Baba dan Nyonya bukan satu produk pelancongan semata-mata, justeru kita memohon agar kerajaan dapat mengiktiraf kumpulan ini sebagai subetnik juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Peranakan Malaysia di sini pada Ahad.
Hadir sama, Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia Datuk Ronald Gan Yong Hoe dan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mohd Salahuddin Mohamed.
Wong, yang merupakan generasi keempat Baba dan Nyonya dari Pulau Pinang berkata beliau juga kagum dengan usaha berterusan persatuan itu bekerjsama dengan DBP untuk melaksanakan kajian terhadap bahasa unik masyarakat berkenaan.
Sementara itu, Gan berkata beliau berharap agar kerajaan dapat mengiktiraf masyarakat Baba dan Nyonya serta Chettiar di Melaka sebagai sebahagian daripada subetnik di Malaysia, sekali gus akan meningkatkan lagi semangat patriotik dalam kalangan generasi muda masyarakat berkenaan.
-- BERNAMA