MELAKA: Melaka berhasrat menjadi negeri Gedung Pantun Negara dengan menghimpunkan koleksi pantun tradisonal sebagai usaha melestari dan memartabat seni warisan Melayu agar kekal terpelihara.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perancangan itu antara usaha dilakukan selepas inisiatif Gerbang Pantun Melaka dan Satu Kampung Satu Pantun selain pemerkasaan pantun dalam kalangan pelajar sekolah, jabatan serta agensi kerajaan.
"Pantun merupakan khazanah yang bernilai dan penggunaan pantun mewarnai sosiobudaya masyarakat yang sering digunakan sebagai medium bicara dalam sesuatu urusan atau majlis terutamanya pernikahan, perkahwinan dan lain-lain.
"Justeru usaha melestarikan seni warisan ini akan diteruskan seperti Gerbang Pantun Melaka yang dijadikan platform menyimpan pantun terbaik untuk dipelihara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Sirih Bertepuk Pinang Menari sempena Kolokium Pantun Peringkat Kebangsaan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ayer Keroh, di sini, malam tadi.
Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari dan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian JKKN, Rosnan Nordin.
Ab Rauf berkata, di bawah Gerbang Pantun Melaka, kerajaan negeri mewujudkan pangkalan data dengan 1,914 pantun berjaya dihimpunkan meliputi kategori kampung, sekolah, jabatan serta agensi kerajaan.
"Selain itu, kerajaan negeri merancang untuk mengadakan Pertandingan Pantun Nusantara dalam usaha memperbanyakkan lagi penganjuran program berkaitan seni warisan ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran program diskusi berbentuk kolokium itu merupakan platform kepada penyelidik dan penggiat seni berkongsi idea serta cadangan dalam memperkukuh lagi keunikan seni pantun agar terus berkembang seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.
"Saya berharap hasil daripada kolokium ini akan mempamerkan satu dapatan yang boleh diangkat kepada agensi berkaitan untuk pelaksanaan dan pemerkasaan pantun di peringkat kebangsaan, antarabangsa dan nusantara," katanya.
Program selama dua hari bertema 'Membuanakan Pantun Khazanah Pusaka Bangsa' itu melibatkan seramai 1,000 peserta dari pelbagai jabatan, agensi serta institusi awam. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Melaka berhasrat menjadi negeri Gedung Pantun Negara dengan menghimpunkan koleksi pantun tradisonal sebagai usaha melestari dan memartabat seni warisan Melayu agar kekal terpelihara, kata Ketua Menteri Ab Rauf. - Gambar fail
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
'Pantun Syawal' Menteri Kewangan buat rakyat Malaysia
Memahami rintihan hati rakyat terutamanya umat Islam yang perlu menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam normal baharu, Menteri Kewangan menitipkan dua rangkap pantun buat mereka.