KUALA LUMPUR: Pemain sepak takraw negara bagi acara regu berpasukan lelaki diingatkan agar tidak memandang rendah kemampuan pemain Kemboja pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, bulan depan.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Ahmad Jais Baharun percaya langkah Kemboja merekrut jurulatih dari Thailand bagi mengemudi skuad tuan rumah, bakal menjadi saingan sengit kepada juara bertahan, Thailand dan Malaysia dalam acara yang hanya disertai tiga negara pada temasya kali ini.
"Tak mustahil Kemboja boleh buat kejutan kerana selain menjalani persiapan rapi yang agak lama, sokongan padu penyokong pastinya merangsang prestasi pemain-pemain tuan rumah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Memandangkan Thailand sebagai pasukan pilihan kali ini, Ahmad Jais berharap anak buahnya dapat mengekang kehebatan lawan dengan tampil lebih garang selepas dikecewakan musuh tradisi mereka, 0-2, pada aksi final Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
"Saya mahu lihat pemain kita lebih konsisten dan beri saingan amat sengit sehingga mata penamat," katanya.
Mengenai keputusan penganjur meneruskan acara regu berpasukan pada kali ini, bekas pemain negara itu berkata langkah diambil tuan rumah menunjukkan mereka menghormati negara-negara terlibat yang melakukan persiapan termasuk dari aspek logisitik dan kos yang telah dilaburkan bagi menyertai acara tersebut.
Ahad lepas, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) dalam satu surat kepada kepada Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) Datuk Abdul Halim Kader mengesahkan acara regu berpasukan tetap dianjurkan pada Sukan SEA 2023, walaupun mempunyai kurang daripada empat negara mengambil bahagian.
Sehubungan itu, ASTAF, dalam kenyataan, mengesahkan acara regu berpasukan akan dipertandingkan mengikut format 'round robin' susulan penyertaan kurang daripada lima negara.
Sementara itu, Ahmad Jais berkata pasukan negara kini sedang menjalani fasa akhir latihan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil sebelum dijadual berlepas ke Kemboja pada 8 Mei ini.
Selain acara regu berpasukan, skuad lelaki negara akan mengambil bahagian dalam acara regu dan beregu, manakala skuad wanita pula akan bersaing bagi acara kuadran dan beregu berpasukan.
Sukan SEA 2023 dijadual membuka tirai secara rasmi pada 5 Mei dan berlangsung sehingga 17 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023
Ahmad Jais berharap anak buahnya dapat mengekang kehebatan lawan dengan tampil lebih garang selepas dikecewakan musuh tradisi mereka, 0-2, pada aksi final Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam. - Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.