HANOI: Seperti disasarkan, kontinjen negara terus cemerlang menuai pingat emas pada hari keenam Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada Jumaat.
Selepas 'terhenti sementara' meraih kilauan emas bagi memberi laluan kepada upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Hanoi setelah tiada acara dipertandingkan pada Khamis, kem Malaysia menambah dua lagi pingat emas semalam menerusi acara wushu.
Skuad wushu menampilkan aksi cemerlang apabila mencipta kejutan merangkul dua pingat emas, selain sebutir perak menerusi disiplin taolu pada hari pertama sukan itu dipertandingkan.
Pingat emas pertama di Cau Giay Gymnasium itu, hadir menerusi Clement Ting Su Wei dalam acara changquan lelaki, sebelum Tan Zhi Yan mengungguli acara taijiquan lelaki bagi menghadiahkan pingat emas ke-11 negara.
Sementara itu, Calvin Lee Wai Leong membawa pulang pingat perak dalam acara nandao lelaki, bagi melengkapkan pencapaian cemerlang kem wushu semalam.
Di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi, skuad bina badan turut tidak mengecewakan, apabila menyumbang satu perak dan satu gangsa, selepas sembilan tahun sukan tersebut tidak dipertandingkan pada temasya Sukan SEA.
Azri Asmat Sefri membuat kejutan dengan meraih perak dalam kategori 55 kilogram (kg), manakala gangsa menerusi atlet berpengalaman Malvern Abdullah dalam kategori 65kg.
Skuad kurash pula membutirkan satu pingat gangsa pada hari penutup saingan, menerusi atlet berusia 18 tahun Mohamad Razlan Rozaidi dalam kategori bawah 73kg lelaki, di Gimnasium Hoai Duc, pada Jumaat.
Ia merupakan gangsa ketiga kem kurash pada temasya sukan dwitahunan itu, sekali gus melepasi sasaran dua gangsa ditetapkan.
Pencapaian memenangi dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada Jumaat, menyaksikan Malaysia kekal di tangga kedua keseluruhan dengan jumlah pungutan 11 emas, lima perak dan 13 gangsa.
Vietnam terus mendahului carta kedudukan, dengan kutipan keseluruhan 24 pingat emas, 11 perak dan 19 gangsa, manakala Indonesia di tempat ketiga dengan 7-9-2.
Sementara itu, empat wakil negara mengesahkan tempat ke separuh akhir acara silat tanding, setelah menumpaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir dalam saingan yang berlangsung di Gimnasium Bac Tu Liem.
Mengetuai cabaran negara dalam kelompok empat pesilat terbaik itu adalah juara dunia tiga kali Mohd Al-Jufferi Jamari, dalam kelas kelas F (70-75 kg),
Tiga lagi wakil negara yang layak ke separuh akhir ialah Muhammad Khairi Adib Azhar dalam kelas B Lelaki (50-55kg), Mohamad Hazim Amzad bagi kelas C Lelaki (55-60kg) dan Ahmad Atif Irshad Ahmad Zahidi untuk kelas D Lelaki (60-65kg).
Sementara itu, antara acara menjadi tumpuan pada Sabtu adalah pertemuan Malaysia berdepan Singapura dalam saingan bola sepak lelaki di Stadium Thien Truong di wilayah Nam Dinh, kira-kira 90 kilometer dari bandar raya Hanoi.
Kemenangan ke atas Singapura dalam perlawanan dijadual berlangsung pada 4 petang waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) itu, akan mengesahkan tempat buat skuad negara ke peringkat separuh akhir.
Sebelum ini, skuad bimbingan Brad Maloney mencatat dua kemenangan dengan menewaskan Thailand 2-1 dan 3-1 menentang Laos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Atlet wushu negara Tan Zhi Yan (kiri) bersama Clement Ting Su Wei masing-masing berjaya menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara. - Foto BERNAMA
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.