KUCHING: Dalam keghairahan menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, Sarawak tidak pernah menyisihkan kepentingan meneruskan usaha mengenal pasti atlet pelapis yang mampu mewakili negara di pentas antarabangsa.
Ketua kontinjen Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata penganjuran edisi ke-21 ini juga dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA 2027.
"Memang hasrat kita hendak menjadi juara keseluruhan (SUKMA ke-21) tetapi kita pun ingin melihat kesinambungan pembangunan sukan untuk Malaysia. Daripada SUKMA ini kita akan mendapatkan atlet yang dapat mewakili negara," katanya semasa menjadi tetamu program RTM, Planet Sukan di TV1 pada Ahad malam.
Beliau berkata penampilan dua atlet kelahiran Sarawak, Ashley Lau Jen Wen untuk sukan golf dan Bertrand Rhodict Lises (terjun) di Sukan Olimpik PAris 2024, membuktikan antara kejayaan pembangunan sukan di Sarawak.
"Kita juga ada peluang menganjurkan Sukan SEA pada 2027, jadi (SUKMA) ini satu platform untuk menyediakan atlet kita.
Rentap yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata persiapan untuk venue acara juga menjadi cabaran besar untuk SUKMA kali ini yang menyenaraikan 488 acara sukan, iaitu jumlah terbesar dalam sejarah penganjuran temasya dwitahunan kebangsaan berkenaan.
Beliau berkata penambahbaikan kemudahan sukan juga perlu dilaksanakan berikutan perubahan dari segi peraturan pertandingan jenis sukan tertentu, namun ini dilihat sebagai persediaan jangka panjang untuk menghadapi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di Sarawak pada masa depan.
"Sebagai contoh acara menembak (sekarang) mesti menggunakan pemarkahan elektronik. Jadi ini memerlukan perbelanjaan lebih besar. Sekarang lapang sasar Sarawak menggunakan teknologi pemarkahan elektronik terbaru, lebih canggih daripada di Olimpik Paris," katanya.
Beliau berkata penganjuran acara sukan peringkat tinggi juga mampu membawa limpahan manfaat ekonomi kepada rakyat.
"Kita mesti melihat dari segi keseluruhannya. Kalau kita ada kemudahan ini, ia juga meningkatkan pendapatan dari segi pelancongan, ekonomi ... bukan sahaja sukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
SUKMA 2024 bukan hanya menguji kemampuan Sarawak selaku tuan rumah, pada masa sama menjadi platform mendedahkan atlet muda negeri itu untuk melonjak lebih tinggi ke peringkat antarabangsa. - Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.