PENANTIAN pingat emas daripada skuad renang negara akhirnya ditamatkan oleh Khiew Hoe Yean dengan mengungguli acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh sebentar tadi.

Terdahulu, atlet muda berusia 20 tahun itu sudahpun memastikan kutipan empat pingat perak, masing-masing dalam acara 400m gaya bebas, 200m kuak lentang, 4x100m gaya bebas berganti-ganti dan 4x200m gaya bebas berganti-ganti.

Namun, kali ini, dia memastikan pingat emas berada di dalam gengamannya selepas muncul perenang terpantas acara 200m gaya bebas dengan mencatatkan 1:47.810s -- catatan peribadi terbaiknya.

Pingat perak pula dimenang Quah Zheng Wen dari Singapura dengan 1:48.200s manakala perenang tuan rumah, Vietnam, Hoang Quy Phuoc (1:49.350s), memenangi gangsa.

Artikel asal di Stadium Astro.