Bintang skuasy dunia menanti dengan penuh harapan terhadap mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Lausanne, Switzerland.

Ia bagi menentukan sama ada sukan skuasy akan dimasukkan sebagai acara dalam temasya Olimpik 2020.

Ramai yang merayu agar sukan itu dapat disenaraikan dalam temasya Olimpik kelak.

Ini kerana sukan yang menonjolkan sifat 'Gladiator' itu sangat sesuai dipertandingkan pada temasya berprestij berkenaan.

Jika disenarikan, ia memberi harapan kepada juara tujuh kali skuasy wanita dunia Nicol David untuk membantu Malaysia memburu emas pertama Olimpik.

Untuk rekod, skuasy membuat percubaan bersama karate dan wushu, gabungan seni mempertahankan diri, besbol dan sofbal, roller sports, wakeboarding dan sukan mendaki untuk dimasukkan dalam temasya 2020 itu.

Keputusan mesyuarat itu akan diumumkan jawatankuasa pada September tahun depan.