BEIJING: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Rabu menerbitkan artikel yang memberikan penilaian positif terhadap pencapaian penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing serta kesannya terhadap sosial dan ekonomi.
Menurut IOC, meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.
"Temasya sukan yang berjaya menarik penglibatan kira-kira 346 juta orang China itu membolehkan industri sukan musim sejuk di China berkembang pesat sekali gus memberi faedah sosial dan ekonomi yang luas serta mampan kepada rakyat China," menurut IOC.
Pada masa sama, Institut Pengajian Pelancongan China meramalkan bahawa industri pelancongan musim sejuk China dijangka berupaya menarik ketibaan lebih 520 juta pelancong sekali gus menjana pendapatan sebanyak RMB720 bilion (RM455 bilion) sepanjang musim sejuk pada tahun 2024 hingga 2025.
Untuk rekod, susulan penularan wabak COVID-19, orang ramai hanya dapat menonton pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing secara jauh.
Namun, dengan adanya teknologi canggih dan inovasi teknologi digital, seramai 2.01 bilion orang dapat menonton sukan itu melalui televisyen dan platform digital, ia secara tidak langsung meningkatkan jumlah penonton sebanyak lima peratus berbanding penonton yang menyaksikan Olimpik Musim Sejuk 2018.
Pengarah Eksekutif IOC, Christophe Dubi berkata temasya sukan Beijing telah membawa faedah kepada rakyat China dan penggunaan teknologi inovatif dapat meminimumkan kesan Sukan Olimpik terhadap persekitaran.
"Misalnya, penggunaan kenderaan jimat tenaga dalam temasya sukan Beijing sebanyak 85 peratus dan sistem penyejukan karbon dioksida yang digunakan pertama kali dalam Sukan Olimpik dengan teknologi pengurangan pelepasan karbon telah membuat pelepasan di gelanggang berkenaan hampir sifar," katanya.
Daripada 2,834 atlet yang beraksi 45.4 peratus daripadanya merupakan atlet wanita dan kadar itu adalah yang tertinggi berbanding Olimpik Musim Sejuk sebelum ini.
Selain itu, sebanyak 46 kategori acara yang membabitkan atlet wanita juga adalah yang tertinggi dalam sejarah penganjuran sukan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan. -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC
IOC meluluskan penyertaan Iman Khelif dalam kejohanan tinju wanita Olimpik walaupun petinju itu tidak layak bertanding pada Piala Dunia 2023.

Olimpik Paris: 'Ramai wanita mungkin disingkir andai bergantung kepada ujian testosterone' - IOC
IOC mempertahankan pendirian bahawa Khalef adalah kekal berstatus wanita dan layak untuk meneruskan acara yang disertainya.

Persatuan Bolasepak Palestin gesa kemudahan sukan Palestin dilindungi
Persatuan Bolasepak Palestin menggesa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, FIFA, AFC, dan badan lain yang berkaitan supaya mengambil langkah-langkah segera terhadap pencabulan melampau Israel.

Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC
Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.

Skuasy dalam senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028
Bagaimanapun, cadangan itu tertakluk kepada kelulusan akhir IOC yang akan mengadakan sesi di Mumbai, India penghujung bulan ini.

Pemakaian hijab dibenarkan di Sukan Olimpik Paris 2024 - IOC
Larangan pemakaian hijab oleh kerajaan Perancis hanya terpakai pada atlet-atlet negara itu.

Michelle Yeoh dipertimbang sertai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
Yeoh adalah antara lapan nama baharu yang akan dipertimbangkan pada mesyuarat bulan depan di Mumbai, India.

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

10 negara minat anjur Sukan Olimpik 2036
IOC mendedahkan terdapat 10 calon berpotensi untuk merebut hak sebagai tuan rumah Sukan Olimpik bagi penganjuran musim panas 2036.

Maharaja Jepun dijangka hadir majlis pembukaan temasya Olimpik Tokyo
Anggota keluarga diraja lain termasuk Maharani Masako mungkin membatalkan rancangan melawat beberapa gelanggang acara.