TUAN rumah Sukan Olimpik Los Angeles 2028 bercadang menyenaraikan sukan kriket, flag football, lacrosse, skuasy dan besbol-sofbol pada temasya itu yang dijadualkan berlangsung lima tahu lagi.
Bagaimanapun, cadangan penganjur itu tertakluk kepada kelulusan akhir oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang akan mengadakan sesi di Mumbai, India penghujung bulan ini.
Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Los Angeles 2028 (LA28), Kathy Carter dalam satu kenyataan pada Isnin.
“Dalam membina program sukan Olimpik, kami bersedia untuk mencabar status quo dan berfikir secara berbeza mengenai perkara yang mungkin untuk Sukan di Los Angeles.
“Kami tampil dengan cadangan yang berani dan seimbang agar dapat memberi tenaga kepada temasya ini dengan persaingan yang relevan dari segi budaya serta sebarang kemungkinan tanpa had,” ujar Carter.
Los Angeles Times pula melaporkan cadangan memasukkan sukan tersebut pada temasya berkenaan mungkin dapat kelulusan.
Daripada lima sukan tersebut, tiga tidak pernah dipertandingkan dalam program Olimpik.
Sekiranya diluluskan sukan flag football, skuasy dan lacrosse akan membuat penampilan sulung pada temasya Olimpik. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 10 2023
Sukan Olimpik edisi 2028 bakal berlangsung di Los Angeles. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Hannah harap atlet wanita raih pingat di LA28, tumpuan pada skuasy
Hannah berkata harapan itu boleh disandarkan pada atlet skuasy wanita yang dilihat mempunyai persekitaran positif di bawah bimbingan SRAM.
Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
SRAM diminta bentang rancangan ke Sukan Olimpik kepada Jawatankuasa RTG 2028
Ia termasuk mengenal pasti empat pemain perseorangan lelaki dan empat pemain perseorangan wanita yang berpotensi mewakili negara.
Skuasy acara Olimpik berita baik untuk Malaysia - Hannah
Penyenaraian skuasy pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 berita baik untuk Malaysia yang masih memburu emas pertama di temasya sukan terbesar dunia itu.
Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam
Maniam optimis Eain Yow dan Sivasangari akan berada pada tahap kemuncak dan mampu jadi antara 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
Skuasy disenaraikan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028
Skuasy, besbol/sofbol, kriket dan dua sukan tradisi AS iaitu flag football dan lacrosse adalah lima sukan baharu yang diluluskan.
Skuasy dalam senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028
Bagaimanapun, cadangan itu tertakluk kepada kelulusan akhir IOC yang akan mengadakan sesi di Mumbai, India penghujung bulan ini.