SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan penyenaraian skuasy pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sebagai berita baik untuk Malaysia yang masih memburu emas pertama di temasya sukan terbesar dunia itu.
Beliau berkata, perkembangan itu menggembirakan kerana Malaysia berada di landasan tepat untuk meraih pencapaian positif di Los Angeles selepas acara skuasy menyumbangkan tiga emas pada Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini.
Katanya, Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akan memberi perhatian terhadap perkembangan itu dalam memastikan semua atlet yang berpotensi membutirkan emas di Sukan Olimpik Paris 2024 dan LA28 mendapat bantuan sewajarnya.
"Ini kerana Perdana Menteri telah umumkan satu bajet yang bagus (dalam Belanjawan 2024) iaitu RM20 juta untuk RTG dan (kita) tunggu Jawatankuasa RTG yang akan bermesyuarat hujung bulan ini dan kami akan buat pengumuman tentang perkara ini.
"Malaysia menyambut baik berita untuk tambah bukan saja skuasy tetapi kriket juga termasuk dalam senarai itu," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.
Baru-baru ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan penambahan lima sukan iaitu skuasy, kriket, flag football, lacrosse dan besbol-sofbol pada LA28.
Pada Sukan Asia Hangzhou, tiga daripada enam pingat emas Malaysia disumbangkan kem skuasy menerusi Ng Eain Yow dalam acara perseorangan lelaki, S. Sivasangari (perseorangan wanita) dan berpasukan wanita.
Namun, hanya acara perseorangan lelaki dan wanita dipertandingkan di LA28.
Penyenaraian skuasy bukan sahaja menggembirakan banyak pihak termasuk Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), malah menarik perhatian legenda skuasy negara, Datuk Nicol David.
Menerusi ciapannya di laman sosial X, bekas pemain nombor satu dunia dan juara dunia lapan kali itu berkata: "Amazing amazing! Rightfully deserved after so many years of hard work! Congratulations to our beloved squash and the future champions (Hebat hebat! Sememangnya layak selepas bertahun-tahun kerja keras! Tahniah kepada skuasy kesayangan kita dan juara masa depan)." - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Hannah Yeoh menyifatkan penyenaraian skuasy pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sebagai berita baik untuk Malaysia yang masih memburu emas pertama di temasya sukan terbesar dunia itu. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Joachim, Sehveetrraa juara Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024
Pada aksi final di Kelab Kriket Kowloon, Joachim mengejutkan pilihan ketujuh dan wakil tuan rumah Harley Lam 11-6, 11-6, 11-4.

Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.

Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.

Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.

Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.

Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.

Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.

Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.