KUALA LUMPUR: Individu yang akan mengisi kekosongan jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal diumumkan Rabu ini.
Perkembangan tersebut disahkan Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar selepas pengumuman mengenai pelantikan ditunggu-tunggu dan sepatutnya dibuat pada Isnin, tidak dapat dilakukan.
Beliau berkata kelewatan itu disebabkan individu tersebut kini sedang menjalani proses kuarantin di ibu negara.
"Insya-Allah pada 5 hari bulan (Januari) 3 petang (pengumuman dibuat) kerana pegawai berikut sedang menjalani kuarantin, jadi kita tunggu saja penampilannya nanti," katanya ketika ditemui pada final Kejohanan Bola Sepak Wanita Kuala Lumpur (KLWFC) 2021 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi.
Mohd Saifuddin turut enggan mengulas ketika ditanya mengenai jurulatih kelahiran Australia Scott O'Donell yang dikaitkan dengan jawatan itu.
"Saya tak boleh nak komen, kena tunggu sampai 5 Jan dan saya pun tak boleh jawab sama ada beliau orang tempatan atau luar," katanya.
Pada September lepas, Datuk Ong Kim Swee yang dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAM pada 1 Jan 2021, mengumumkan peletakan jawatan susulan menerima tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super Sabah FC.
Selain menyediakan pelan dan memantau perkembangan semasa jurulatih, Pengarah Teknikal turut berperanan memastikan pasukan kekal bermain mengikut falsafah ditetapkan yang akan meningkatkan keupayaan teknikal pemain supaya dapat mencapai potensi mereka.
Sementara itu, pasukan Dinolove FC muncul juara sulung KLWFC selepas menewaskan KL Sunbears 1-0 dengan penyerang, Henrietta Justine muncul wira pasukan menerusi gol kemenangan yang dijaringkan pada minit ke-24.
Henrietta turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir itu.
Antara hadir menyaksikan perlawanan final itu adalah Pengarah Urusan Arcadin Services Sdn Bhd Datuk Che Azizuddin Che Ismail selaku penganjur, Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM Datuk Suraya Yaacob, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur Nokman Mustaffa dan Pengurus Teknikal Bola Sepak Wanita FAM Jacob Joseph.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022

Mohd Saifuddin (gambar) enggan mengulas ketika ditanya mengenai jurulatih kelahiran Australia Scott O'Donell yang dikaitkan dengan jawatan Pengarah Teknikal FAM. - Foto Astro ARENA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.

Noor Azman dilantik Setiausaha Agung baharu FAM
Pelantikan itu berkuat kuasa 1 September 2022 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Setiausaha Agung FAM letak jawatan, tumpu kerjaya antarabangsa
Satu mesyuarat tergempar dijadual berlangsung di FAM petang ini bagi membincangkan keputusan pengundurannya.

Sukan SEA: Tiada kilauan pingat namun prestasi skuad bola sepak B-23 tetap baik
Mohd Saifuddin berpendapat nasib mungkin tidak menyebelahi Malaysia sehingga menyebabkan skuad B-23 pulang dengan tangan kosong.

FAM kekal kaedah 'gelembung bola sepak' untuk pertandingan Asia
Prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran beberapa kejohanan bola sepak antarabangsa di Malaysia, kekal menggunakan langkah berjaga-jaga walaupun banyak kelonggaran diberikan apabila negara mem

Rizal tolak panggilan skuad kebangsaan atas urusan keluarga - Saifuddin
Pemain berusia 29 tahun itu memberitahu Mohd Saifuddin dia mempunyai urusan keluarga.

Pan Gon sudah tiba semalam, sedang jalani kuarantin - Mohd Saifuddin
Penantian peminat bola sepak tanah air untuk melihat kelibat ketua jurulatih baharu Harimau Malaya Kim Pan Gon bakal berakhir dalam masa terdekat.

FAM sudah serah laporan
Laporan berkenaan diserahkan kepada Dell Akbar pada Sabtu bagi memastikan bedah siasat itu dapat dimulakan segera.

Pengarah Teknikal baharu FAM diketahui Rabu ini
Pengumuman mengenai pelantikan Pengarah Teknikal FAM ditunggu-tunggu dan sepatutnya dibuat pada Isnin, tetapi tidak dapat dilakukan.

Piala AFF: FAM ambil tanggungjawab penuh kegagalan Malaysia
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF.