KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan sudah mengemukakan surat peletakan jawatan pada minggu lepas.
Mohd Saifuddin berkata keinginan untuk kembali menyambung kerjaya di peringkat antarabangsa menjadi sebab beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada badan induk bola sepak negara itu.
Tanpa mendedahkan hala tujunya selepas ini, beliau berkata satu mesyuarat tergempar dijadual berlangsung di FAM petang ini (Selasa) bagi membincangkan keputusan pengundurannya.
"Alasannya tiada lain disebabkan saya mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya antarabangsa. Saya pun rasa secara tidak langsung saya telah menyumbang kepada kejayaan FAM (sekarang)," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Bekas Perunding Teknikal Liga Profesional Oman itu yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada penghujung Ogos tahun lepas turut menafikan laporan media tempatan bahawa beliau bakal 'direhatkan'.
Beliau yang berang dengan laporan itu berkata tiada sebab untuk dirinya direhatkan apabila telah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah selama ini.
"Tiada gesaan (letak jawatan) atau apa-apa, saya (juga) gembira bekerja di FAM. Saya rasa saya tak pernah calarkan nama FAM...jelas juga saya tak ambil dan curi duit FAM atau ambil komisen dan sebagainya," katanya yang juga bekas Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan di Oman.
Mohd Saifuddin yang juga komisioner perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkata Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin adalah sebab untuk beliau kembali bekerja di FAM.
"Beliau (Hamidin) adalah kawan saya, pada masa sama saya nak bantu bola sepak Malaysia. Perkara terbesar telah saya buat (di FAM) adalah membangunkan beberapa liga domestik, beri cadangan mengenai pertandingan Piala Belia dan kongsi idea untuk bantu persatuan bola sepak negeri," katanya.
Mohd Saifuddin menyertai FAM sejak 1993 hingga 2004 sebagai Ketua Jabatan Pertandingan FAM selain pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung pada 2007 hingga 2009.
Pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung FAM itu susulan kekosongan ditinggalkan Stuart Ramalingam yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
MOHD SAIFUDDIN: Saya rasa secara tidak langsung saya telah menyumbang kepada kejayaan FAM sekarang. - Gambar fail
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.
Noor Azman dilantik Setiausaha Agung baharu FAM
Pelantikan itu berkuat kuasa 1 September 2022 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Setiausaha Agung FAM letak jawatan, tumpu kerjaya antarabangsa
Satu mesyuarat tergempar dijadual berlangsung di FAM petang ini bagi membincangkan keputusan pengundurannya.
Sukan SEA: Tiada kilauan pingat namun prestasi skuad bola sepak B-23 tetap baik
Mohd Saifuddin berpendapat nasib mungkin tidak menyebelahi Malaysia sehingga menyebabkan skuad B-23 pulang dengan tangan kosong.
FAM kekal kaedah 'gelembung bola sepak' untuk pertandingan Asia
Prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran beberapa kejohanan bola sepak antarabangsa di Malaysia, kekal menggunakan langkah berjaga-jaga walaupun banyak kelonggaran diberikan apabila negara mem
Rizal tolak panggilan skuad kebangsaan atas urusan keluarga - Saifuddin
Pemain berusia 29 tahun itu memberitahu Mohd Saifuddin dia mempunyai urusan keluarga.
Pan Gon sudah tiba semalam, sedang jalani kuarantin - Mohd Saifuddin
Penantian peminat bola sepak tanah air untuk melihat kelibat ketua jurulatih baharu Harimau Malaya Kim Pan Gon bakal berakhir dalam masa terdekat.
FAM sudah serah laporan
Laporan berkenaan diserahkan kepada Dell Akbar pada Sabtu bagi memastikan bedah siasat itu dapat dimulakan segera.
Pengarah Teknikal baharu FAM diketahui Rabu ini
Pengumuman mengenai pelantikan Pengarah Teknikal FAM ditunggu-tunggu dan sepatutnya dibuat pada Isnin, tetapi tidak dapat dilakukan.
Piala AFF: FAM ambil tanggungjawab penuh kegagalan Malaysia
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF.