KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan tetap mempamerkan prestasi terbaik biarpun terlepas peluang menjelmakan kilauan pingat buat negara pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.
Walaupun Majlis Sukan Negara (MSN) mengklasifikasikan sukan bola sepak lelaki sebagai gagal dalam rangkuman prestasi kontinjen negara di Vietnam, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar berpendapat nasib mungkin tidak menyebelahi Malaysia sehingga menyebabkan skuad B-23 pulang dengan tangan kosong.
"Saya rasa MSN sifatkan sukan bola sepak gagal kerana tidak berjaya meraih sebarang pingat...mereka semestinya ada KPI (petunjuk prestasi utama) mengenai apa yang dianggap gagal.
"Bagi kita (FAM), prestasi (skuad B-23) sudah baik namun nasib tidak menyebelahi kita malah ia juga merupakan pendedahan yang baik buat pemain sebagai persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, bulan depan," katanya.
Mohd Saifuddin berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Jelasnya, Malaysia sepatutnya berbangga kerana mereka merupakan satu-satunya pasukan yang tidak membariskan pemain berusia 23 tahun ke atas walaupun setiap negara dibenarkan mendaftarkan tiga pemain daripada kelompok umur tersebut.
Dalam perlawanan pingat gangsa Ahad lepas, Malaysia tewas 3-4 kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam perlawanan selama 90 minit yang memaksa pemenang ditentukan melalui 'loteri' tanpa memasuki masa tambahan 30 minit.
Keputusan itu bermakna skuad negara gagal meraih sebarang pingat pada Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut selepas skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee merangkul pingat perak pada edisi Kuala Lumpur 2017.
Kali terakhir Malaysia memenangi 'ibu segala pingat' Sukan SEA pada edisi 2011 di Indonesia.
Anak buah ketua jurulatih Brad Maloney berpeluang untuk menebus kekecewaan mereka di Sukan SEA Hanoi dengan menumpukan pusingan akhir Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun.
Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama juara 2020 Korea Selatan, naib juara 2018 Vietnam dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Mohd Saifuddin berkata, Malaysia sepatutnya berbangga kerana mereka merupakan satu-satunya pasukan yang tidak membariskan pemain berusia 23 tahun ke atas. - Gambar failBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sabah pinjamkan Joao Pedro ke kelab Vietnam
Joao Pedro meninggalkan kelab Liga Super itu tiga bulan sebelum perjanjian yang dimeterai pada Ogos lalu berakhir.

Kepengerusian Malaysia penting untuk kukuhkan kerelevanan ASEAN - Pakar
Kepimpinan Malaysia penting untuk mengekalkan kestabilan dan kemakmuran serantau dan memastikan ASEAN kekal signifikan di peringkat global.

Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.

Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam, padam rekod cemerlang Gajah Perang
Seawal minit kelapan, Pham Tuan Hai, menyumbat gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 selepas dilayangkan kad kuning.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.

Ratu cantik Malaysia dinobat Miss Charm 2024, tewaskan peserta Australia, Vietnam
RATU cantik Malaysia, Rashmita Rasindran menepati ramalan apabila dinobat sebagai pemilik mahkota baharu pertandingan ratu cantik Miss Charm 2024.

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.

Harga kopi mungkin meningkat 25 peratus pada 2025 disebabkan hasil tuaian teruk di Brazil, Vietnam
Harga kopi mungkin meningkat sebanyak 25 peratus pada 2025, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan akan memberi kesan kepada hasil tuaian di Brazil dan Vietnam.

Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi AS$67 bilion
Vietnam meluluskan projek kereta api berkelajuan tinggi merentasi negara dengan kos dianggarkan berjumlah AS$67 bilion.