RATU cantik Malaysia, Rashmita Rasindran menepati ramalan apabila dinobat sebagai pemilik mahkota baharu pertandingan ratu cantik Miss Charm 2024.

Kemenangan itu telah menumpaskan saingan terdekat dari Australia, Alana Deutsher-Moore yang meraih tempat kedua dan Nguyen Thi Quynh Nga dari Vietnam mendapat tempat ketiga.

Pertandingan yang diadakan di Nguyen Du Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam, semalam menyaksikan Rashmita berjaya mengalahkan 35 peserta dari negara lain.

Pada pusingan akhir itu, Rashmita meluncur laju untuk mara di kedudukan terbaik top 20, top 10, top 6 dan tiga terbaik.

Imbas kembali, kemenangan Rashmita mengulang kejayaan pelakon, model dan penerbit terkenal, Kavita Sidhu yang sebelum ini bergelar Miss Charm International 1990. - Gempak