KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai ketidakhadiran pemain pertahanan Sabah FC Mohd Rizal Mohd Ghazali ke kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula sejak 14 Mac lepas akhirnya terjawab.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata menerusi penjelasan bertulis Mohd Rizal yang diterimanya pada petang Jumaat lepas, pemain berusia 29 tahun itu memberitahu beliau mempunyai urusan keluarga.
"Dia (Mohd Rizal) menerangkan dia tidak dapat hadir ke kem latihan pusat kerana masalah keluarga, terdapat ahli keluarga rapatnya sakit. Dia pun sudah lama berjauhan dengan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Susulan perkembangan itu, Mohd Saifuddin menyifatkan peluang Mohd Rizal untuk berada dalam senarai pemain skuad Harimau Malaya menghadapi saingan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura bermula minggu depan dilihat tipis.
Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan lanjut terhadap tindakan Mohd Rizal yang dianggap menolak panggilan skuad kebangsaan itu akan ditentukan kemudian.
"Sekarang saya tidak boleh buat keputusan apa-apa kerana saya kena bawa perkara ini kepada pengurusan pasukan untuk mereka menilai dan membuat keputusan seterusnya," kata Mohd Saifuddin.
Sebelum ini, beliau berkata FAM mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung tindakan Mohd Rizal itu memandangkan latihan skuad kebangsaan diadakan luar dari tarikh Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang bermula 21 hingga 29 Mac ini.
Menurutnya, jika Mohd Rizal gagal melapor diri pada tarikh tersebut, beliau berdepan tindakan penggantungan bermain dalam liga domestik selain denda RM25,000 sebagai hukuman terhadap pemain yang menolak panggilan skuad kebangsaan.
Skuad kebangsaan kendalian Kim Pan Gon dijadual berlepas ke Singapura pada Selasa depan bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina (23 Mac) dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.
Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada aksi tertutup dijadual pada 28 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Mohd Saifuddin berkata sebarang keputusan lanjut terhadap tindakan Mohd Rizal yang dianggap menolak panggilan skuad kebangsaan itu akan ditentukan kemudian. - Gambar fail/BERNAMA
Pilihan raya UK: Keir Starmer bakal dilantik sebagai PM hari ini?
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput untuk membentuk kerajaan.
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Pemain Sabah FC, Mohd Rizal tak mengaku bersalah cederakan kekasih di hotel
Mohd Rizal Mohd Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan kekasihnya di sebuah hotel, dua minggu lalu.
Rizal tolak panggilan skuad kebangsaan atas urusan keluarga - Saifuddin
Pemain berusia 29 tahun itu memberitahu Mohd Saifuddin dia mempunyai urusan keluarga.
Mohd Rizal terus membisu...
Sehingga pagi ini, FAM belum menerima sebarang penjelasan secara lisan mahupun bertulis daripada Mohd Rizal.