Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Menurut media antarabangsa, tindakan itu dilakukan selepas mendapat arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Pesawat khas itu kemudian diterbangkan ke Aktau dari Moscow.
Pada Selasa, sebuah pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 penumpang terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan.
Seramai 12 orang terselamat dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Baku, Azerbaijan ke Grozny, Rusia.