Ringkasan AI
- THR GEGAR bersama Poliklinik Al-Farhain 24 Jam, Jerteh, Terengganu menganjurkan program berkhatan percuma (Sunathon) untuk 30 kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun.
- Kanak-kanak dipilih berdasarkan slogan khas yang dijawab secara dalam talian melalui laman sosial rasmi THR GEGAR. Sambutan amat menggalakkan sejak program dibuka awal Januari.
- Program ini meringankan beban kewangan ibu bapa dan sesuai diadakan semasa cuti sekolah untuk memudahkan proses penyembuhan.
Kira-kira 30 kanak-kanak berusia lingkungan berusia sembilan hingga 12 tahun menjalani proses berkhatan itu di Poliklinik berkenaan tanpa sebarang caj bayaran.
Pengurus Jenama THR GEGAR Eman Zaki berkata kanak-kanak ini dipilih selepas menyiapkan satu slogan khas berkaitan Sunathon dan menjawabnya secara dalam talian di laman sosial rasmi THR GEGAR.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan selepas ia dibuka sejak awal bulan Januari lalu.
“Ini julung kalinya kerjasama diadakan dengan Poliklinik Al Farhain untuk menganjurkan program Sunathon ini.
"Kanak-kanak terlibat tidak dikenakan sebarang bayaran dan sekali gus dapat meringankan beban kepada ibu bapa daripada membayar kos berkhatan tersebut.
“Saya juga berharap program seumpama ini dapat diperluaskan di masa akan datang kerana ia berikan satu pengalaman baharu kepada kanak-kanak yang ingin berkhatan.
"Ia amat bersesuaian dilakukan sewaktu cuti sekolah kerana rata-rata mereka mempunyai masa terluang lebih-lebih lagi untuk melalui proses penyembuhan selepas berkhatan.
“Apa-apa pun, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Poliklinik Al Farhain kerana sangat terbuka untuk menganjurkan program Sunathon ini.
"Tidak ketinggalan ucapan terima kasih diberikan kepada kepada petugas-petugas klinik berkenaan menjayakan program ini dengan penuh hemah.
Untuk berita, aktiviti dan program boleh layari laman sosial rasmi THR GEGAR.