SERAMAI 38 orang terkorban selepas sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada Rabu.


Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 38 orang terkorban selepas sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
  • Pesawat jenis Embraer 190 dengan nombor pendaftaran J2-8243 yang membawa 67 penumpang termasuk lima anak kapal itu dilaporkan berlepas dari Baku menuju ke Grozny, Rusia.
  • Susulan tragedi itu, Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev mengisytiharkan hari ini (Khamis) sebagai hari perkabungan negara.


Pesawat jenis Embraer 190 dengan nombor pendaftaran J2-8243 yang membawa 67 penumpang termasuk lima anak kapal itu dilaporkan berlepas dari Baku menuju ke Grozny, Rusia.

Susulan tragedi itu, Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev mengisytiharkan hari ini (Khamis) sebagai hari perkabungan negara.

Malah, Aliyev turut membatalkan lawatan yang dirancang ke Rusia bagi menghadiri sidang kemuncak tidak rasmi pemimpin Komanwel Negara Merdeka (CIS).


Berikut perincian lain anda perlu tahu mengenai nahas pesawat ini:

- 29 penumpang dilaporkan selamat termasuk dua kanak-kanak, dan kesemua mereka menerima rawatan di hospital.

- Ramai dalam kalangan mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

- Kedua-dua juruterbang maut dalam nahas tersebut.

- Penumpang pesawat terdiri daripada beberapa warganegara melibatkan 42 dari Azerbaijan, Rusia (16), Kazakhstan (6), dan Kyrgyzstan (3).

BACA: Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas: 42 penumpang dikhuatiri maut, 28 terselamat

BACA: 38 disahkan terkorban dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines

- Azerbaijan Airlines sebelum ini mendakwa nahas berlaku akibat pesawat tersebut bertembung dengan sekumpulan burung ketika dalam penerbangan.

- Namun dakwaan tersebut kemudiannya ditarik semula dan punca nahas belum diketahui.

- Pesawat tersebut juga dilaporkan telah melakukan lencongan dari laluan asalnya kerana kabus tebal di Grozny.

- Ia kemudian dilaporkan bergerak ke utara mengikut laluan yang telah dijadualkan di pantai barat sebelum ia hilang daripada radar.

- Namun, pesawat itu dikesan semula di kawasan pantai barat dan mengelilingi Lapangan Terbang Aktau sebelum terhempas.

- Kazakhstan telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meneliti punca bencana dan memastikan keluarga mangsa yang maut dan cedera mendapat bantuan yang diperlukan.

- Siasatan akan memfokuskan kepada masalah teknikal yang berpotensi menyebabkan tragedi.

- Pengeluar pesawat, Embraer dari Brazil telah menyatakan kesediaan untuk membantu dalam menjalankan siasatan.