Agensi Berita Negara Azerbaijan (AZERTAC) melaporkan Kementerian Pembangunan Digital dan Pengangkutan menyatakan bahawa pakar Azerbaijan akan menyelia dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses penghantaran dan merungkai kod di CENIPA.
Selain itu, pakar antarabangsa dalam bidang itu, yang dijemput oleh Azerbaijan, akan menyumbang kepada proses tersebut.
Pendekatan kerjasama ini memastikan siasatan dijalankan dengan penuh ketelusan dan selaras dengan piawaian antarabangsa. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan sebarang keraguan tentang objektiviti penyiasatan dan meningkatkan kebolehpercayaan penemuannya untuk komuniti global.
Kementerian itu menekankan keupayaan teknikal canggih CENIPA dalam penyiasatan kemalangan pesawat. Dilengkapi dengan teknologi terkini dan makmal yang diperakui di peringkat antarabangsa untuk penyahsulitan data, pusat itu diyakini mampu melaksanakan tugas itu dengan baik.
-- BERNAMA