Ringkasan AI
- United Kingdom menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia.
- Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf kepada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev atas insiden tragis tersebut, tetapi tidak mengakui tanggungjawab Rusia secara langsung.
- Rusia melancarkan siasatan jenayah terhadap insiden ini dengan kerjasama perkhidmatan berkaitan dari Azerbaijan dan Kazakhstan.
Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf "atas insiden tragis yang berlaku di ruang udara Rusia" dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev pada Sabtu.
Dalam kenyataan rasmi, Kremlin berkata bahawa pertahanan udara Rusia sedang bertindak di sekitar Grozny, ketika pesawat Azerbaijan Airlines melalui kawasan itu.
Jurucakap Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan UK berkata: "Ucapan takziah kami kepada semua yang terjejas akibat insiden ini, termasuk keluarga dan rakan mangsa.
"Kenyataan Presiden Putin gagal mengakui bahawa tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak Rusia menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan dan kepentingan negara lain.
"Kami menyeru siasatan penuh dan bebas."
Sebahagian daripada 29 penumpang dan kru yang terselamat memberitahu media Azerbaijan bahawa mereka mendengar bunyi kuat di dalam pesawat ketika ia berpusing-pusing di ruang udara Grozny.
Pejabat Aliyev menyatakan bahawa Presiden Azerbaijan memberitahu Putin bahawa nahas itu berpunca daripada "gangguan fizikal dan teknikal luaran", tetapi tidak secara langsung menyalahkan Rusia.
Kremlin berkata Rusia melancarkan siasatan jenayah terhadap insiden terbabit, dengan kerjasama "perkhidmatan berkaitan" dari Azerbaijan dan Kazakhstan.
-- BERNAMA